Kisah seram DJ Isma Halil Hamzah. Betul ke tak betul?

Assalamualaikum. Aku baru dengar dari kawan aku tentang satu kisah yang seram2 sejuk bila aku dengar. Asalnya aku tengok dia tengah ber'webcam' dengan kawan dia dan tiba2 muncul lembaga putih dibelakang kawan dia. Fuh!! Sekali rupanya orang tengah solat lah. Haha~ 

Jadi dari cerita tu, aku pun terbuka lah cerita tentang hantu2 semua ni. Cerita hantu dari webcam contoh macam masa kita tengah webcam2 ni, tiba kawan kita dalam webcam tu tegur ada kawan kita yang ganggu kat belakang kita masa berwebcam dengan dia. Walhal kita masa tu seorang2 je tak ada kawan. Seram tak?

Lepas cerita2, dia buka tentang ada DJ Radio pada tahun 90-an buat satu rancangan kongsi cerita seram2 ni. Then satu malam ni, ada pemanggil call dan ceritakan satu pengalaman sama macam pemanggil lain. Cerita tu di dengar LIVE di radio oleh semua pendengar radio (aku tak ingat radio apa). Aku tak pasti macam mana cerita versi asalnya tapi kawan aku ceritakan balik kat aku lebih kurang macam ni:


Pemanggil itu telefon dan mengatakan pengalaman dia iaitu sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
 Dalam keadaan yang mengantuk tu, pemanggil tu memberitahu tiba2 ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba2 dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dek gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia sedari ada satu lagi lori muncul tiba2 dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk kedalam gaung.
 Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian di ikuti dengan gelak dan talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa dan ditenangkan oleh DJ.
Anda mungkin memikirkan ia hanya panggilan palsu atau main2 oleh pemanggil. Namun keesokkan harinya, di akhbar terpampang berita mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang dikatakan dalam radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah 2orang warga emas, seorang kanak2 dan sepasang suami isteri! DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula rakaman malam tadi dari pemanggil misteri tersebut, namun rakaman tersebut kosong!

Aku dengar cerita ni pun rasa macam WOW! Menarik macam filem kan? Haha~ Mula2 aku ingat cuma cerita mulut ke mulut yang tak ada titik pangkal. Tapi lepas aku try search2 kat Google, adalah aku jumpa orang kata2 sikit tentang ini dan DJ berkenaan adalah DJ Isma Halil Hamzah yang mengacara satu rancangan yang pemanggil berkongsi cerita2 seram.

Ni antara contoh rakaman pengalaman seram dari pendengar. Tapi aku tak jumpa pula keratan akhbar tentang kemalangan tu dan rakaman yang dikatakan memang tak ada. Hmm~ Agak2 boleh percaya tak? Aku pun pening lah nak fikir ditambah dengan malas nak mencari. Haha~ Kalau aku dibayar tak apalah aku nak cari. Hehe~

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Versi tambahan dari orang lain :

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-398823.html

5 ulasan:

Syada berkata...

SL penah jugak dengar cerita ni. xsilap radio THR.

Tanpa Nama berkata...

Hi, guantanamera121212

Tanpa Nama berkata...

cita nie btol..tp len cket la cita dya..akak aq ad dgar mlm 2..tp aq dh ttido msa 2..klu x silap radio muzik kot ismahalil wt tjuk'pgalaman yg x dpt dlupakn'..ad sowg pompuan call nk cita pgalman dya..dya kt dlm keta gn famly dya kot..tiba2 keta tbabas dan jatuh dlm gaung..abg dya yg bwk bwa keta..dya tgok ad lg yg masih hidup..dya pn mrangkak kluar dri keta dn cuba panjaj naik ke atas utk minx tlong..dh smpy kt jln 2 dya cuba tahan knderaan yg lalu tp xda satu pn yg bhnti..pas 2 dj ad tanya 1soalan trus pggilan tputus..lpas 2 dj psang blek rkaman 2 live yg dgar hanya bunyi angin saja..dj swuh pndgar sdekah Al Fatihah....Al fatihah

bro sentul berkata...

Senang tanya je isma halil sendiri

bro sentul berkata...

Senang tanya je isma halil sendiri