Memaparkan catatan dengan label hari cikgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari cikgu. Papar semua catatan

"Kalaulah saya seorang guru..." - segmen oleh BSJ

Assalamualaikum. Ini adalah penyertaan aku untuk segmen yang di buat oleh seorang blogger ni. Kalau ikutkan nama blog beliau adalah Bicara Selipar Jepun.
Segmen ni adalah bertujuan untuk meraikan Hari Guru yang bakal tiba tak lama lagi. Kepada guru2, selamat hari guru...

++++++++++++++++++++++

"Kalaulah saya seorang guru..."
Kalau lah aku seorang guru, aku akan menjadi seorang guru yang baik dan riang2 je. Hehe~ Sebab apa? Sebab aku tak nak jadi guru yang digeruni tapi disenangi. Aku akan pilih untuk jadi cikgu sekolah rendah. 

Aku akan pakai smart2, bertali leher untuk menampakkan karisma dalam diri. Haha~ Walau karisma tu tak berapa nak ada. 

Masuk ke kelas tepat pada waktu sebab tak nak budak2 bising waktu dalam kelas. Risau mereka tertunggu2 nak belajar dengan aku. Haha~ Aku ajar apa? Agak2 aku nak ajar apa? 
Ya! Semestinya pendidikan seni! Sebab apa? Itu je pun yang aku boleh ajar. PJK?? Aku sendiri pun jarang bersukan. Haha~ Lagi pun guru Pendidikan Seni ni senang sikit. Suruh je budak2 bawa warna, kertas lukisan, dan lukislah apa2 pun tak pun bagi tajuk. Nak best sikit guna teknik atau medium lain pula. Kan?
Macam yang aku cakap. Aku ni akan jadi guru yang baik~! Jadi ramai murid2 yang akan bagi aku hadiah, dan minta tanda tangan. Dah macam artis pula. Haha~ Hebat kan aku?! (berangan!)
Bukan je aku baik, malah aku juga akan jadi cikgu yang cemerlang. Siap dapat 5 bintang lagi. Silap2 hari bulan, aku dapat naik pangkat jadi Guru Besar (macam mak aku). Masa ni adalah saat2 gemilangnya aku sebagai cikgu. Mesti ramai murid2 aku yang dah berjaya jadi macam aku. (berangan lagi)
Di sebabkan kejayaan aku. Aku akan beli tanah dan buat jadi sekolah aku sendiri! Eh~! Bukan aku nak belajar sendiri, tapi sekolah untuk anak2 orang lain lah. Tapi aku khususkan untuk budak2 yang nak belajar seni je. Keluar2 bukan setakat reti lukis, boleh buat apa2 yang kaitan dengan seni. Hebat kan?!
Itulah kisah saya.

Nak join? (Klik sini)

Cikgu, ibu dan hari-harinya.

Assalamualaikum! Maaf dengan kegawatan entry2 yang muncul dalam blog aku. Biasalah kan, sibuk dengan hal yang ntah apa2. Haha~ Okay, seperti yang terpampang pada tajuk entry. "Cikgu, ibu dan hari-harinya" rasanya anda dah tahu apa yang aku nak sampaikan kan? Yela, sekarang ni kan dah nak dekat dah hari cikgu dan hari ibu. Jadi, ini adalah hari yang patut diraikan sangat2. 


Betul? Betul? Secara jujur aku tak pasti bila tarikh tu sebenarnya. Haha~ Maaflah, aku memang tak ingat tarikh sangat lah. Tapi tak bermakna aku tak tahu wujudnya tarikh2 tu ye. Hehe~ 


Entry ni cuma peringatan kepada anda je yang mungkin baru terperasan perkara ni. Macam aku lah. Hehe~ 


Oleh itu, aku nak tanya: Apa perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk Ibu dan Cikgu anda? (Bagi aku, cikgu aku adalah ibu aku sendiri dan juga diri aku.)


Tinggalkan komen, atau entry response untuk entry ini. Tak perlu credit untuk aku. Sekadar nak jengah ke entry dan blog anda.