Mesin masa tidak akan wujud?!!

Dah biasa dengar pasal mesin masa? Hah~ Jangan kata tak tahu mesin masa tu apa, mahu aku sekeh. Mesin masa selalu dikaitkan dengan mesin yang boleh bawa kita merentas masa samada ke masa depan mahupun masa lampau. Jadi kita boleh merubah sejarah atau merancang sejarah lah. Itu kalau ikut teorinya. Tapi adakah mesin masa ni sekadar teori atau akan menjadi nyata? Aku sendiri tak pasti. Sebab ada yang mengatakan ia posible dan yang kata imposible. Tapi aku tak pernah pula dengar ayat Al-Quran mengatakan kita boleh merentasi masa, hadith sahih dengan tak sahih pun tak kata kita boleh rentas masa! Jadi kita mesin masa tidak akan wujud! 

Aku yakin mesin masa ni adalah impian setiap umat manusia dalam dunia ni kan? Kononnya jika ada mesin masa, kita akan menjadi manusia lebih baik. Haha~ Bila aku fikirkan balik, bila ada mesin masa semua orang akan jadi gila! Yela, sampai tak ingat diri asal dari tarikh yang bila. Haha~ Dah kerjanya asyik pergi dari satu masa ke satu masa je.

Tapi memang ye jika mesin masa wujud, dunia akan jadi lebih baik!! Why? (eh! Speaking lak) Sebab bila adanya mesin masa, manusia akan tahu banyak kebenaran dunia ni! Kenapa aku kata sedemikian pula? Sebab waktu tu baru anda sedar yang semua anda pelajari tentang sejarah kehidupan manusia adalah satu penipuan. Ingat lagi teori Darwin? Ramai orang tentang dengan teori tu kan? Tapi kenapa tak ada yang tentang dengan teori manusia dulu tak ada tamadun, tak ada bahasa rasmi, tulis kat dinding, bodoh, tak ada akal atau apa2 lah lagi?! Secara ringkasnya yang kononnya kita menempuhi era manusia zaman batu dan logam?!

Hah~! Anda percayakan? Siap anda hafal lagi dengan mesolitik ke apa kejadahnya dulu tu. Kan? Yela, sebab ada periksa Sejarah kat sekolah dan ada kertas sejarah yang nak kena jawab kan? Dalam sejarah semua kata kita dari orang zaman batu lah, zaman ais lah, zaman logamlah. Tapi Allah SWT, ciptakan Nabi Adam A.S. dengan pengetahuan yang banyak serta baginda dah diajarkan bertutur pun. Tak pun kata baginda ni bodoh, tak tahu semua perkara. Turun2 ke bumi je dah berpakaian (kalau aku salah, perbetulkan). Dan zaman2 nabi yang seterusnya telah pun mengetahui bahasa dan tamadun dah pun wujud. Macam mana tu? Sedar tak?

Itu baru sikit je aku kupas, dan ni adalah 100% pandangan aku sendiri. Kalau ada yang tanya aku sumber mana, sah2 aku tunjuk otak aku. Aku dah mentelaah ni dari zaman sekolah dan ada sesetengah cikgu sejarah tu tak tahu nak jawab. Aku pun faham, sebab semua ni telah ditulis kan? Kita pula biasanya percaya je dengan apa yang tertulis dan yang kononya ia fakta. Dah kita diajar begitu, nak buat macam mana kan? Aku pun malas nak tulis panjang2.

Sebab kalau aku tulis panjang2 pun bukan anda nak baca. 

P/s : Aku perasan yang anda suka baca entry kalau tajuknya ada kata2 terlampau seperti; Aksi Terlampau, seks, seksi, kemaluan dan lain2 yang lucah. Tapi bila bab agama je, berapa kerat je yang baca. Komen lagilah ciput. Haha~ Akhirat weyh!

3 ulasan:

misyamissyou berkata...

mmg xkan wujud..dunia akan jadi kacau bilau..tp kalau poket doraemon btl2 wujud best jugak..hehehe

khairul berkata...

kalau btul2 wujud poket doraemon dan jatuh ke tgn orang yg salah akan jadi huru-hara

Shah Rizar Mohd Basir berkata...

baru2 ni aku berjaya buat mesin masa.. aku back in time bagi tau diri aku sendiri supaya x yah la buat mesin masa.. so mesin masa tu dah tak ada skang.. LoL