Handphone yang ada butang kecemasan!!


Assalamualaikum! Hah~ Bertemu lagi dalam segmen gadget2. Hahaha~ Bila ntah aku ada segmen gadget2? Okay, apa2 pun aku memang nak kongsikan dengan anda tentang satu gadget ni. Sebuah handphone yang ada butang kecemasan!! Atau senang kata ada butang SOS. Bagus tak?? Ia adalah model iNo Mobile SOS f8. Aku tak pasti lah keluaran mana tapi handphone tu kelihatan comel je bagi aku.

Dengan butang yang besar dan nombor di screen yang gabak sangat sesuai untuk warga2 tua atau yang rabun2 tu lah kan. Sebab boleh lah nampak nombor2nya. Hehe~  Tapi bagusnya untuk orang tua2 lah. Sebab biasanya orang lebih tua ni bukan nak handphone canggih2 cam kita ni. Sebab kalau pun canggih, nanti digunakan untuk call, dan SMS. Baik pakai handphone murah2 je kan? Hehe~

Handphone ni harganya dalam RM200++ je aku rasa kat pasaran tapi tak sure dah ada belum. Lama tak usha~ Apa yang ada pada handphone ni? Okay, handphone ni dilengkapi dengan SMS, Phonebook, Radio FM, dan butang SOS. Untuk dengar Radio FM tu tak perlu sambungkan wayar headphone seperti kebiasaan handphone, cuma klik je dan cari siaran. 

Tapi kalau nak advance sikit, siap ada MP3 dan kamera 2megapixel boleh beli abang dia sikit iaitu iNO Mobile F12. Tapi aku abang dia ni tak ada button SOS tu lah. Tapi ada MP3 dan kamera serta Radio FM. Harga lebih RM100 je rasanya. Tak pasti pula.





p/s : Kalau ada yang dah nampak model2 ni dikedai, bagitahu aku ye? Aku nak beli lah. Aku suka handphone2 comel macamni. Lepas tu jangan lupa Ratekan entry aku ni dan Like! 

Tiada ulasan: