Assalamualaikum, entry kali ni nak suruh anda check kot lah anda ni ada 'split identity'. Apa tu? Tak pernah dengar? Ni adalah satu penyakit dimana seseorang individu mengalami permasalahan dua identiti. Paham tak maksudnya? Tu dalam gambar atas tu lebih kurang macam tu. Orang2 yang ada penyakit ni sekurang2nya mempunyai dua identiti. Kira macam sekejap dia seperti tegas dan profersional dan sekejap dia garang dan emotional. Tu contoh ye.
Kelakuan orang yang orang yang menghidapi Dissociative identity disorder (DID) ni biasanya akan dituruti dengan hilang ingatan. Tak lah lupa semua perkara, cuma macam lupa biasa tu tapi ia kerap. Alahai~ susahnya. Apa yang lebih susah adalah apabila pakar juga tak dapat kenal pasti apa sebenarnya penawar ubat ni. Yela, kalau fikir logik akal pun still tertanya kenapa pesakit jadi macam tu?
Aku nak terangkan banyak2 pun aku dah naik pening. Apa aku nak kata cuma bersyukurlah jika anda adalah normal. Sebab mereka yang menghidapi sesuatu yang pelik2 macam ni mungkin tak ada penawar dan mungkin membuatkan mereka dipinggirkan dan mungkin tak dapat pekerjaan yang dikehendaki kerana keanehan penyakit yang dihidapi.
Dan anda juga jangan pula mengherdik kekurangan orang lain. Anda herdik mereka yang lain tapi berkemungkinan darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT. Anda cukup bagus ke nak herdik orang? Sebelum anda nak herdik orang lain, cuba anda ingat2 balik. Ada tak perkara yang mungkin memalukan diri anda atau mungkin perkara yang tak mampu anda buat tapi orang lain boleh? Hah! Ada kan? Anda pun ada kekurangan. Jadi herdik lah diri anda.
Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.
Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan