Memaparkan catatan dengan label entry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label entry. Papar semua catatan

Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni?


Assalamuamalikum, kepada kawan2. Dah tengok tajuk entry yang mengejutkan pengejutan dalam kekejutan tak? (MEREPEK) Haha~ Kalau baca entry aku lepas, baru je aku ingatkan tentang larangan hubungan sejenis ni kan? Ni aku pula yang buat pengakuan?! Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? Gila ke? Adakah ini gara2 aku terlebih tidur ye? Sebab hari ni aku hanya:

Okay! Aku ingat kejap je aku nak lelap. Alik2 sampai ke petang aku lelap. Gila betul. Agaknya sebab tu kot aku buat tajuk gila ni. Haha~ Tapi memang benar bagai dikata. Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? 

Haha~ Sebenarnya aku jatuh hati pada Abang Zam ni. Okay, jangan salah faham. Aku suka dengan penulisan dalam blog dia. Haha~ Tak ada maknanya aku nak jatuh hati kat seorang lelaki! (Pangkah! Pangkah!) Kenapa dengan blog beliau? Dia punya blog sangat2 sempoi tambah pedas. Baik punya ayat. Haha~ Dalam banyak2 entry yang dia pernah hantar, satu entry ni buat aku rasa gila berani Abang Zam. Haha~ Entry: Tutorial Mandi Wajib Selepas Melancap. Lucu kan? Tapi serious dia bagi tutorial yang lengkap dalam penulisan dia. Hehe~

Jadi, kepada yang tak kenal dengan Abang Zam dan tak pernah tahu kewujudan blogger seperti beliau, silalah pergi jengah ke blog beliau. Okay?

Topik entry yang digemari.

Assalamualaikum, ramai yang suka nak tahu tentang tips blog ni kan? Tapi ni tak macam tips blog yang best sangatlah. Mungkin juga bukan tips pun. Haha~ Tapi aku nak bagi contoh lah tajuk entry yang orang suka gila nak klik. Nak tahu tak? Kalau nak tahu sila klik like dibawah dulu ye? Haha~ Tak adalah, aku tak kisah sangat pun anda nak klik ke tak. Kalau yang klik tu yang sah2 baca entry lah kan. Hehe~ 

Okay2, balik pada topik yang aku nak cakap. Tajuk entry yang digemari adalah tajuk2 yang tidak senonoh. Itu nombor satu yang orang akan nak tekan. Contoh:
  • Aksi terlampau
  • Artis pakai seksi nampak...
  • Artis dan pakaian mandi...
  • ...lucah...
  • .........(18sx)
Entry2 seperti tu lebih dapat perhatian dari topik yang biasa2. Walaupun dah diberi amaran 18 tahun ke atas, tapi masih ada yang rasa diri dah besar klik dan baca entry tu. Biasalah, manusia ni lagi di larang lagi dia nak. Kalau kita tulis "Sila baca entry ini..." sah2 ada 2-3 orang je yang klik. Tu pun baca intro2 sikit2, leave. Haha~ Aku tak kata siapa2, terasa padan muka. Aku pun kadang2 macam tu dan aku sangat2 akui. Cuma beberapa faktor je buat aku nak baca. Tapi bukan dalam entry ni lah aku bagitahu. 

Topik lain yang paling orang nak baca biasanya adalah hal2 semasa, dan juga politik. Bab ini termasuk lah bab artis2. Orang nak tahu perkembangan benda2 ni. Sebab kadang2 kaki internet ni tak buka TV sangat pun, tak baca akhbar, dan kadang2 saja nak cari info tambahan. Ada juga yang cari bahan untuk jadi bahan kertas kerja di kolej. Untung lah jika blog anda terlibat dalam kajian seseorang sebab mungkin orang tu buat forum ke apa ke, kan best je terlaku blog anda tu. Huhu~ 

Topik yang harap dijauhkan untuk anda tulis adalah: KISAH CINTA ANDA! Kenapa? Sebab tidak ada sesiapa pun nak tahu selain dari kawan2 anda yang mengenali anda. Tapi mungkin lah ada 2-3orang yang suka baca perihal orang. Itu pun jenis orang2 yang biasanya stalker. Lepas tu nanti mula nak mengata. Hehe~ Tapi tak semua lah. Kadang2 wujudnya orang yang suka tahu perihal orang lain untuk tambah pengalaman diri sendiri. Bagus jugakan? Tapi serius lebih elok jangan buat sebab ia mendatangkan fitnah, dan bahan cerita. Kadang2 ia mendatangkan aib pada diri sendiri je. Kenapa? Tepuk dahi, fikir sendiri.

Tu je~

Mesin masa tidak akan wujud?!!

Dah biasa dengar pasal mesin masa? Hah~ Jangan kata tak tahu mesin masa tu apa, mahu aku sekeh. Mesin masa selalu dikaitkan dengan mesin yang boleh bawa kita merentas masa samada ke masa depan mahupun masa lampau. Jadi kita boleh merubah sejarah atau merancang sejarah lah. Itu kalau ikut teorinya. Tapi adakah mesin masa ni sekadar teori atau akan menjadi nyata? Aku sendiri tak pasti. Sebab ada yang mengatakan ia posible dan yang kata imposible. Tapi aku tak pernah pula dengar ayat Al-Quran mengatakan kita boleh merentasi masa, hadith sahih dengan tak sahih pun tak kata kita boleh rentas masa! Jadi kita mesin masa tidak akan wujud! 

Aku yakin mesin masa ni adalah impian setiap umat manusia dalam dunia ni kan? Kononnya jika ada mesin masa, kita akan menjadi manusia lebih baik. Haha~ Bila aku fikirkan balik, bila ada mesin masa semua orang akan jadi gila! Yela, sampai tak ingat diri asal dari tarikh yang bila. Haha~ Dah kerjanya asyik pergi dari satu masa ke satu masa je.

Tapi memang ye jika mesin masa wujud, dunia akan jadi lebih baik!! Why? (eh! Speaking lak) Sebab bila adanya mesin masa, manusia akan tahu banyak kebenaran dunia ni! Kenapa aku kata sedemikian pula? Sebab waktu tu baru anda sedar yang semua anda pelajari tentang sejarah kehidupan manusia adalah satu penipuan. Ingat lagi teori Darwin? Ramai orang tentang dengan teori tu kan? Tapi kenapa tak ada yang tentang dengan teori manusia dulu tak ada tamadun, tak ada bahasa rasmi, tulis kat dinding, bodoh, tak ada akal atau apa2 lah lagi?! Secara ringkasnya yang kononnya kita menempuhi era manusia zaman batu dan logam?!

Hah~! Anda percayakan? Siap anda hafal lagi dengan mesolitik ke apa kejadahnya dulu tu. Kan? Yela, sebab ada periksa Sejarah kat sekolah dan ada kertas sejarah yang nak kena jawab kan? Dalam sejarah semua kata kita dari orang zaman batu lah, zaman ais lah, zaman logamlah. Tapi Allah SWT, ciptakan Nabi Adam A.S. dengan pengetahuan yang banyak serta baginda dah diajarkan bertutur pun. Tak pun kata baginda ni bodoh, tak tahu semua perkara. Turun2 ke bumi je dah berpakaian (kalau aku salah, perbetulkan). Dan zaman2 nabi yang seterusnya telah pun mengetahui bahasa dan tamadun dah pun wujud. Macam mana tu? Sedar tak?

Itu baru sikit je aku kupas, dan ni adalah 100% pandangan aku sendiri. Kalau ada yang tanya aku sumber mana, sah2 aku tunjuk otak aku. Aku dah mentelaah ni dari zaman sekolah dan ada sesetengah cikgu sejarah tu tak tahu nak jawab. Aku pun faham, sebab semua ni telah ditulis kan? Kita pula biasanya percaya je dengan apa yang tertulis dan yang kononya ia fakta. Dah kita diajar begitu, nak buat macam mana kan? Aku pun malas nak tulis panjang2.

Sebab kalau aku tulis panjang2 pun bukan anda nak baca. 

P/s : Aku perasan yang anda suka baca entry kalau tajuknya ada kata2 terlampau seperti; Aksi Terlampau, seks, seksi, kemaluan dan lain2 yang lucah. Tapi bila bab agama je, berapa kerat je yang baca. Komen lagilah ciput. Haha~ Akhirat weyh!