Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan

Entry ini mengenai wanita...

Lama sangat ke aku tak update blog? Agak lahkan? Haha~ Aku tengah mencari kerja sebenarnya dan broadband aku dah 2 bulan tak bayar. Huu~ sedihkan?

Tapi tak kisahlah kan. Apa yang aku nak utarakan kali ini adalah wanita. Ya! Entry ini mengenai wanita di seluruh dunia dan bukan si manusia berbonggol di tengkuk mengaku diri wanita.

Jadi kali ni aku akan meminta bantuan Mika Green sebagai doodle pembantu aku. Hehe~
Aku rasa, kebanyakkan dari lelaki dan masyarakat menganggap wanita ini kaum yang lemah. LEMAH?! Mungkin anda kata tak di mulut tapi ungkapan tu dah menular dan tertanam didalam pemikiran kita semua. 

Di sebalik kecantikkan serta kecomelan mereka sebenarnya tersimpan kekuatan yang sebaliknya dari ungkapan tersebut.

Bukanlah aku maksudkan dengan kekuatan fizikal. Sebab aku rasa lelaki sesama lelaki pun tak sama kekuatan fizikalnya. Contohnya, lelaki yang dikatakan 'kuat' di sekolah membawa beg lebih sikit kuantiti isinya berbanding budak yang kuat belajar. Hehe~

Dari kajian yang aku peroleh dari pembacaan dan pemerhatian serta telah pun dibuktikan oleh saintis dimana wanita lebih kuat menahan sakit berbanding lelaki! 

Tapi agaknya kenapa lelaki yang pergi perang. Hehe~ Perang bukan je kena tahan sakit tapi fizikal juga diperlukan. Wanita secara natural atau senang cerita telah pun diciptakan oleh Allah SWT berkeupayaan menahan sakit lebih dari lelaki.

Mana taknya, wanita ni akan melahirkan anak. Masa lahirkan tu, mana ada pakai ubat pelali ke apa. Doktor koyak begitu je, lepas tu suruh teran! Fuh! Aku bayang pun rasa gila sakit!!

Jangan pula anda rasa tak nak mengandung sebab besar pahala si ibu ni tahu. Pengorbanan yang akan di ingat sampai bila2 oleh si anak. 

Bagi yang si lelaki jangan pula nak lari. Sila2 lah ada di sisi isteri anda nanti. Sebab kehadiran anda nanti akan menyebabkan si isteri lebih berkeyakinan dan kuat dengan adanya anda. Yang penting jangan pengsan dulu lepas tengok darah yang banyak. Hehe~

+++++++++++++

Selain tu juga, aku rasa wanita ni sememangnya kaum yang kuat sebab walau di kurniakan sifat yang sensitif, dan emosi lebih dari lelaki. Namun aku rasa wanita lebih tabah dari lelaki.

Dalam dunia hari ini, lebih ramai ibu tunggal berbanding bapa tunggal. Dan ibu tunggal jarang sekali berkahwin semula berbanding bapa tunggal. 

Kalau yang kehilangan suami kerana kematian tu tak apalah sebab itu ujian dan ketentuan tapi kalau yang telah mengahwini lelaki tak bertanggunjawab. Tahunya nak anak ramai tapi nafkah sikit pun tak hulur. Jadi si wanita akan bekerja sendiri untuk mendapatkan pendapatan untuk anak2.

Tapi kalau lelaki, kadang2 lepas 2-3 minggu dah kahwin lain dah. Haha~ Betul tak? Lagi2 yang berduit. Bukan semua macam itu tapi ada dalam masyarakat kita ni.

Walaubagaimanapun, antara lelaki dan wanita ni sebenarnya tak ada yang kuat tak ada yang lemah. Sebab kita diciptakan atas sebab dan saling memerlukan. Dan kepada yang salah pilih jalan dimana senang cerita, homoseks tu...satu je aku nak cakap. ANDA BODOH! Ucapan tu termasuk untuk yang lelaki nak jadi wanita dan wanita nak jadi lelaki. 

P/s: Ada sesiapa dah menggunakan Google+, silalah sertai Circle aku. Huhu~ Untuk yang betul2 nak berkawan ye. Sila klik ini.


Kehendak lelaki pada wanita.

Wah! Lama gila tak menyentuh blog aku ini. Maaf lah, aku dan Makhluk Hijau pergi mengembara ke satu kawasan terpencil. Tak ada talian udara sana. Hehe~

Di sebabkan aku tidak dapat open otak aku sangat kerana kurang rehat. Maka aku perlukan geng2 makhluk berwarna yang lain untuk meneruskan entry ini yang bertajuk: Kehendak lelaki pada wanita.

Ni pandangan aku je la. Aku ni lelaki. Jadi aku fikir yang rasional je.

Perlu ruang sikit. Tak kan nak 24jam dengan si kekasih. Kena lah ada masa untuk kawan2, keluarga dan life2 yang lain. Macam kaum wanita juga. 

Aku kasihan tengok kawan2 aku yang kekasihnya asyik SMS dia 24jam termasuk time dia nak lepak dengan kawan. Itu tak apa lagi, ni sampaikan nak pergi tandas pun ada limit masa. Lebih masa sikit dah dapat 12 missed call. Apa kes?!!

Ni satu lagi, sepatutnya wanita perlu pandai masak. Sebab apa? Kata nak jadi isteri yang baik mesti la kena tahu masak. 

Bukan masak maggi atau masakan resepi bujang ye. Tetapi masakkan lauk-pauk, kuih-muih, atau apa2 yang lebih pada makanan harian. 

Jika pun anda baru berumur 13 tahun 2 bulan 9 hari 4 jam, sebenarnya bukan terlalu awal untuk belajar. Nak tunggu sampai bila baru nak belajar? Sampai tahun depan nak nikah baru nak belajar? Lambat dah tu... 

Bersifat keibuan. Disini bermaksud perlu menyukai kanak2. Jangan kata kaum wanita mesti suka kanak2 sebab ada je kaum wanita yang tidak suka kanak2. Bagi mereka yang kanak2 ni bising, membebankan dan sebagainya.

Sifat keibuan ni boleh dilihat dari perwatakannya dihadapan kanak2. Cara dia bergaul dengan kanak2 dan cara2 dia menangani permasalahan kanak2 tersebut. Kadang2 boleh juga dilihat pada wajah mereka. Macam mana tu? Perhatikanlah sendiri. Hehe~

+++++++++++++


Selain daripada itu, lelaki juga mahukan si wanita tahu menjaga maruahnya. Paling utama adalah tahu menjaga maruah diri dan agamanya. Bukan sekadar menutup rambutnya atau bahasa mudahnya bertudung. Tetapi menjaga segala2nya.

Kalau setakat bertudung kerana rasa diri lebih comel, cantik, bergaya, dihargai, diperhati, dipuji serta disanjungi oleh sesiapa tak perlu lah. Menghargai pemberian-Nya tampa menokok tambah adalah yang paling kaum adam ni mahukan pada kaum hawa. Walau lelaki tu tak berapa nak baik atau mungkin dia penjenayah sekali pun, dia mahukan wanita yang baik. Percayalah...

Aku yakin mesti ada yang tinggalkan komen, "wanita yang baik untuk lelaki yang baik". Kadang2 ia tak seperti tu. Sebab baik sekarang, tak semestinya baik akan datang dan begitulah sebaliknya.


Jadi, apa pandangan anda?
Jika anda mahu membalas entry ni dengan pandangan anda sendiri, sila lah.
Aku alu2kan sangat dan sila2 kongsi disini. Okay?

P/s : T-shirt tu dibuka lagi jualannya! Untuk 30 orang lagi!! Sampai 15 Julai ni...

Senang pada lelaki, susah pada wanita?

Dalam kehidupan seharian, ada pelbagai ragam. Kadang2 lucu bila kita kenang tapi ada juga yang sedih dan mengecewakan. Apa2 pun, kita sebagai hamba-Nya dan berbeza2 jantina ada sifat masing2. Tiada istilah jantina ni lebih bagus dari jantina yang satu lagi sebab Allah ciptakan kita ni seimbang dan saling memerlukan. 

Tapi disebabkan aku ni lelaki, jadi aku nak senaraikan apa yang Senang pada lelaki, susah pada wanita. Hehe~
  • Mengemas.

  • Masak.

Haha~ Itu sebahagiannya lah. Ada lagi. Mungkin nanti aku buat sambungan kalau aku ingat. 

Lelaki lebih pada "Boleh lah tu..." manakala wanita biasanya nak sempurna. Tapi lain orang lain sifatnya. Ini pun berdasarkan apa yang sepatutnya lah serta pemerhatian aku. 

Jadi, kepada wanita (terutama awekku) jangan terasa hati ke apa2. Ini membuktikan kaum lelaki memerlukan anda untuk menyempurnakan hidupnya. Apa yang wanita boleh buat tak semua lelaki boleh buat dan begitu juga sebaliknya.

Tuhan ciptakan kita berpasangan kan. Jadi . . . (kenapa ada yang HOMOSEKS?!!) ...buka lah fikiran anda. 



+++++++++
T-shirt kini dibuka untuk tempahan!! Klik sini!

Normal Wanita kahwini dua laki?

Assalamualaikum! Ah sudah, parah ni. Bila pula wujudnya ajaran wanita boleh kahwini dua lelaki? Ke ada agama lain yang benarkan tu? Dah lah wanita kini lebih ramai dari lelaki, ni nak kahwin ramai pula? Aduhai, nampaknya makin ramai wanita single lah ye? Hoho~ 

Dalam Islam, wanita hanya boleh mengahwini seorang sahaja. Tapi kalau dah janda tu belakang cerita lahkan? Haha~ Aku tak nak cerita hal2 janda ni, tak reti lah (chewah~). Tapi apa pun si lelaki yang dibolehkan mengahwini 4 orang wanita. Kenapa? Aku pun tak tahulah, tanya lah ustaz ke ustazah.

Apa2 pun, walau lelaki boleh kawini 4 dan wanita pula hanya 1 tak pula bermaksud boleh kahwin sesama jenis. Masha-Allah! Apa lah yang kita layankan dengan kaum sejenis ni? Apa dia ada kita pun ada. Aduhai, kan ke tak seronok tu?! Takkanlah "pedang" sesama "pedang", "sarung pedang" sesama "sarung pedang"?? 

Dan lagi sekali tak juga dikatakan bolehnya kahwini kaum sejenis yang menyerupai kaum yang satu lagi. Tak kira lah yang dah modified ke belum, masih sama! TAK BOLEH!!


Eh! Eh! Berbalik pada tajuk entry tadi, 'Normal Wanita kahwini dua laki?'. Normal lah kan? Sebab: 



Haha~ Aku gurau je, saja nak cerita topik kahwin. Jangan marah ye? Aku nak test ada tak yang baca kalau tajuk menarik je bunyi? Hehe~