Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Segmen: 22 April adalah Hari Bumi.


Assalamualaikum. 22hb April adalah Hari Bumi (Earth Day). Dikatakan Bumi terjadi pada tarikh itu atau senang cerita adalah harijadi bumi. So sebagai manusia yang mendiami bumi tercinta ini, aku mohon anda jika ada masa terluang sertai segmen aku ni. Aku tahu blog aku ni tak lah tinggi traffik pun macam blogger2 lain. Tapi aku buat ni bertujuan untuk kita sama2 fikir sejenak untuk menghayati kurniaan Allah SWT pada kita. Dia beri kita tinggal di Bumi yang kaya dengan segala sumber yang sangat2 berguna dalam kehidupan seharian kita. Kita rasakan bumi ini kecil tapi masih banyak yang kita belum terokai di bumi ni. 

Jadi, apa yang perlu anda buat adalah:
  • Buatkan satu entry dan postkan didalam blog anda. 
  • Entry berkenaan hendaklah ada kaitan dengan Hari Bumi. Tidak kiralah cerita rekaan ke, cerita fakta ke atau apa2 je. Tapi kalau ada sumber lagi seronok. Asalkan berkaitan dengan Hari Bumi ni atau bumi ye? Tak semestinya fakta!
  • Dah siap post, tinggalkan link di ruang komen aku ni ye? Nanti aku akan publish siapa2 yang sertai segmen ni. Tapi jangan harapkan traffik tinggilah ye? Sekadar berkongsi cerita, idea, fahaman, ideologi, atau pendapat je. 
  • HANTAR SEBELUM PUKUL 11 MALAM esok (22hb April 2011).
SOKONGAN ANDA AMAT AKU HARGAI~! 

P/s : Tak perlu linkkan blog aku dalam entry pun tak ada masalah. Aku cuma nak baca entry anda. :)

Mesin masa tidak akan wujud?!!

Dah biasa dengar pasal mesin masa? Hah~ Jangan kata tak tahu mesin masa tu apa, mahu aku sekeh. Mesin masa selalu dikaitkan dengan mesin yang boleh bawa kita merentas masa samada ke masa depan mahupun masa lampau. Jadi kita boleh merubah sejarah atau merancang sejarah lah. Itu kalau ikut teorinya. Tapi adakah mesin masa ni sekadar teori atau akan menjadi nyata? Aku sendiri tak pasti. Sebab ada yang mengatakan ia posible dan yang kata imposible. Tapi aku tak pernah pula dengar ayat Al-Quran mengatakan kita boleh merentasi masa, hadith sahih dengan tak sahih pun tak kata kita boleh rentas masa! Jadi kita mesin masa tidak akan wujud! 

Aku yakin mesin masa ni adalah impian setiap umat manusia dalam dunia ni kan? Kononnya jika ada mesin masa, kita akan menjadi manusia lebih baik. Haha~ Bila aku fikirkan balik, bila ada mesin masa semua orang akan jadi gila! Yela, sampai tak ingat diri asal dari tarikh yang bila. Haha~ Dah kerjanya asyik pergi dari satu masa ke satu masa je.

Tapi memang ye jika mesin masa wujud, dunia akan jadi lebih baik!! Why? (eh! Speaking lak) Sebab bila adanya mesin masa, manusia akan tahu banyak kebenaran dunia ni! Kenapa aku kata sedemikian pula? Sebab waktu tu baru anda sedar yang semua anda pelajari tentang sejarah kehidupan manusia adalah satu penipuan. Ingat lagi teori Darwin? Ramai orang tentang dengan teori tu kan? Tapi kenapa tak ada yang tentang dengan teori manusia dulu tak ada tamadun, tak ada bahasa rasmi, tulis kat dinding, bodoh, tak ada akal atau apa2 lah lagi?! Secara ringkasnya yang kononnya kita menempuhi era manusia zaman batu dan logam?!

Hah~! Anda percayakan? Siap anda hafal lagi dengan mesolitik ke apa kejadahnya dulu tu. Kan? Yela, sebab ada periksa Sejarah kat sekolah dan ada kertas sejarah yang nak kena jawab kan? Dalam sejarah semua kata kita dari orang zaman batu lah, zaman ais lah, zaman logamlah. Tapi Allah SWT, ciptakan Nabi Adam A.S. dengan pengetahuan yang banyak serta baginda dah diajarkan bertutur pun. Tak pun kata baginda ni bodoh, tak tahu semua perkara. Turun2 ke bumi je dah berpakaian (kalau aku salah, perbetulkan). Dan zaman2 nabi yang seterusnya telah pun mengetahui bahasa dan tamadun dah pun wujud. Macam mana tu? Sedar tak?

Itu baru sikit je aku kupas, dan ni adalah 100% pandangan aku sendiri. Kalau ada yang tanya aku sumber mana, sah2 aku tunjuk otak aku. Aku dah mentelaah ni dari zaman sekolah dan ada sesetengah cikgu sejarah tu tak tahu nak jawab. Aku pun faham, sebab semua ni telah ditulis kan? Kita pula biasanya percaya je dengan apa yang tertulis dan yang kononya ia fakta. Dah kita diajar begitu, nak buat macam mana kan? Aku pun malas nak tulis panjang2.

Sebab kalau aku tulis panjang2 pun bukan anda nak baca. 

P/s : Aku perasan yang anda suka baca entry kalau tajuknya ada kata2 terlampau seperti; Aksi Terlampau, seks, seksi, kemaluan dan lain2 yang lucah. Tapi bila bab agama je, berapa kerat je yang baca. Komen lagilah ciput. Haha~ Akhirat weyh!

Disebalik April Fool.

Aku baru sedar harini 1 April yang juga orang kata adalah 'April Fool' kan? Anda ada meraikan tak? Seronok mengenakan rakan2 anda? Tapi tahu tak apa sebenarnya disebalik April Fool tu? Kenapa mereka ni meraikan sesuatu tanpa tahu asal usul sesuatu yang diraikan? Mereka sangat selfish jika tak nak tahu kenapa sesuatu peristiwa tu berlaku dan diraikan. Adakah anda sebahagian dari mereka? Harap2 tak lah ye. 

Oh, tentang sejarah April Fool tu, silalah tengok di blog Pelangi Haty ye. Aku malas nak ulang. 

klik banner dia.