Siapa sembil9n?

Ada ke manusia yang nak kenal dengan aku ni? Haha~ Jika ada yang tertanya2 siapa aku, aku adalah seorang manusia berjantina lelaki. Lahir pada 22hb April 1990, berdarah Jawa. Nama mengikut surat beranak yang asli adalah Mohammad Afnan bin Mohammad Salleh tapi aku ada beberapa nama samar2.

Di rumah, ayah & mama serta keluarga lain panggil aku Anan, Nan & Nandung dan ada rakan2 aku yang di sekolah dulu panggil aku Anan/Nan. Bila di kampus, nama Nine mula melekat dan digunakan tiap masa sehingga satu masa aku ubah ejaan ikut sukahati aku kepada sembil9n untuk mendapatkan kelainan. Nama aku sebenar tu bermaksud 'kesenian...' dan memang agak lah aku minat seni. Tak kira apa jenis seni aku minat, dari seni tari, muzik, lukis hingga ke mana2 cabang seni yang lain. Berfikir diluar kotak adalah sesuatu yang menarik. Kan? 

Soalan lazim ditanya kepada aku:

  1. Kenapa sembil9n??
    • Aku memilih 9 (sembil9n) adalah kerana nombor itu sangat unik, dan aku mahu jadi unik. 9 ni sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang menarik, dan ada yang kata ia nombor magik. Kenapa? Ntah!
    • Bagi aku, 9 adalah satu nombor yang penting dalam keluarga nombor. Tampa nombor 9, nombor lain takkan berganjak dari kalangan nombor tersebut. Dengan kehadiran 9, kelompok nombor semakin membesar dan berkembang. Dan tu lah antara sifat 9 yang aku nak! 9 menyebabkan kelomok nombor tak ada penghujung. Walau 9 ada 9 ratus ribu juta kali still ada lagi perjalanan yang akan ditempuhi. Kan?
  2. Kenapa blog ni bernama D'Antara sembil9n Akal??
    • Nama blog ni bukan sekadar kerana datang dari akal aku. Tapi maksud sebenarnya adalah akal seorang lelaki! Aku seorang lelaki yang mengarang blog dengan mengeluarkan beberapa antara idea yang mampu aku luahkan. Aku tahu apa lelaki lihat dan konklusikan tak sama dengan konklusi seorang wanita. Dan apa yang aku fikirkan tak sama dengan sesetengah orang yang lain, dan cuma ada antara dari mereka yang akan setuju. Kan?
  3. Adakah aku single?
    • Haha~ Soalan yang sangat mengada2 ditanya oleh orang2 tertentu. Secara jujur dan ikhlas, ye aku single (bujang) tapi hati aku dah dimiliki oleh seorang wanita. Siapa? Nama dia Siti Norazlina. Jika ada jodoh ada lah kan? 
  4. Kenapa buat blog?
    • Dah pun aku jawab dalam soalan yang no. 2 tadi.
Kalau ada sebarang soalan lain, sila ajukan ye. Kalau tak terlalu personal, aku jawab lah. Haha~ Itu pun kalau ada yang nak tahulah kan?

1 ulasan:

Munsyi berkata...

bila nak buat vlog lagi? :P