Memaparkan catatan dengan label customize blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label customize blog. Papar semua catatan

Ada terdetik "Blog aku tak cantik..."?

Pernah tak hadapi situasi sebegini kepada anda:
Sedang berblogwalking dengan gembiranya di alam maya. Tiba2. . .
...keterujaan melihat blog seseorang yang cantik. Jadi anda pun mulalah cemburu dan merasakan blog anda tak cantik.
Anda pun mula membodek blog anda untuk mencuba itu ini. Konon nak tambah cantik lah kan? Ketika itu lah segala macam tutorial anda cuba, minta tolong orang buat header, buat banner, tambah widget, dan ada juga yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang semata2 nak edit blog menjadi cantik!

Jika yang sanggup upah orang tu mungkin lah blog akan jadi cantik. Tetapi bagi yang edit sendiri seperti si Mika Green ni?!

Orang lain yang cuba membuka blog anda, dia akan menghadapi. . .
...dan anda pun. . .
Haha, biasa berlakukan? Aku tahu, sebab aku tengok ramai yang mengadu seperti tu. Biasa berlaku kepada blogger2 yang boleh dikatakan baru nak menapak atau kategori cuba2.

Okay2, tak salah nak cuba2 atau nak menapak. Sebab rasanya kebanyakkan blogger2 popular di Malasyia ni khususnya bermula dengan cuba2 dan lama2 menjadi. Itu pun berkat usaha dan teknik yang betul.

Macam ni lah, aku bagitahu sikit lah tips yang perlu ada pada sesebuah blog ni untuk menampakkan cantik. Tapi ni cara aku lah.

Mula2 sila pegang perinsip less is more jika anda nak blog anda menarik, kemas dan yang penting ringan!

Lepas tu. . .
...lihat di atas ni sebagai rujukan. Hanya ada 4 je yang perlu dilihat iaitu:
  1. Header - tak perlu nak transparent pun tak apa. Jangan panjang sangat kebawah, nanti berat. Saiz lebih kurang 150kb je.
  2. Page Tab - Yang ni agak penting, tapi kalau tak mahu abaikan. Ini bergantung pada tujuan anda.
  3. Ruang Entry - Tajuk perlu lebih besar dan jelas daripada entry. Tulisan untuk entry pula hendaklah jelas dan terang untuk dibaca. Gambar pada entry pula jangan lah kedabak sangat sampai keluar ke sidebar serta hendaklah saiz yang kecil sekitar 100kb atau nanti blog anda akan berat!
  4. Side Bar - Yang ini masalah pada anda. Di sidebar, letak yang perlu sahaja. Tak perlu jam, radio mahupun lagu2. BERAT! Yang penting ialah:
    • Pengenalan diri atau pemilik blog.
    • Follower .
    • List entry2 anda.
    • Shoutbox anda.
Kalau bertanya tentang background, aku tak letak apa2 cuma pilih warna yang aku berkenan je. Tak perlu gambar2 pelik atau backgrond vintage or apa2 tu. Lagi2 yang besar tu. Berat~! Kalau anda buka mungkin lah laju sebab hari2 anda tengok blog anda. Tapi bagi yang first time nak masuk, akan jadi berejam silap2 tak keluar apa2 dah dipangkah.

Jadi, cermat2 lah ye?! Selamat berblogging.

Hias Blog jadi kemas dan cantik. (cara sembil9n.com)

Assalamualaikum, ramai dah tanya aku macam mana nak susun buat blog macam aku? Mana dapat template, macam mana buat itu, macam mana buat ini dan banyak lah. Kadang2 soalan sama berulang2 je. Ke anda yang baca ni pun tertanya2 juga?

Okay, sebenarnya caranya simple je. Semua yang aku guna adalah yang telah sedia ada di blogspot ni. Cuma kena main2kan dengan warna. Untuk design2 Header, Button, aku gune Software Adobe je. Okay, meh aku ajar sikitlah ye. Mungkin ada yang nak tahu.


Mula2, pergi Designer Template dan pilihlah template.
1

Aku biasanya amik Template Simple @ Picture Window, sebab mudah bagi aku untuk di padan2kan bentuk dan rupa. Dalam entry ni aku gunakan Tamplate Simple (black).

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya pergi ke tab Background. Disini anda boleh letakkan background yang anda suka, terpulang lah. Tapi entry ni aku akan letakkan background bunga2. Untuk pilihan bacground, aku suka pilih di sini.
2

Selepas Upload gambar pilihan anda. Klik Done. Gambar yang diupload akan automatic Tile, & Scroll with page. Sila untick Scroll with page.

3

Ini adalah kerana untuk page blog anda lebih tenang di pandang oleh pelawat. Bila di scroll gambar berbunga/bercorak2, mata kita akan rasa serabut atau tidak selesa. Tak percaya cuba. Untuk Theme tu, terpulang pada anda nak gunakan tema warna apa untuk blog anda.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya, pergi ke tab Adjust Width, disini anda akan mengubah saiz kelebaran blog anda. Ini penting kerana untuk memastikan keseimbangan blog anda. Seimbang dari segi apa? Itu yang kita tak tahu. Hehe~ Okay, seimbang dari segi entry post dan sidebar.
4

Dalam entry ni, aku gunakan kelebaran Entire blog adalah 1000px manakala Right sidebar adalah 360px. Itu saiz biasa aku gunakan supaya blog tidak nampak terlalu sempit atau pun semak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Teruskan ke tab Layout. Pentingnya bahagian ini adalah untuk menjadikan blog anda kemas. Nanti akan aku terang lebih lanjut. Jadi, dalam ni aku gunakan Layout seperti berikut.
5

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akhirnya, sampai ke tab terakhir iaitu warna2kan blog. Pergi ke tab Advance. Lompat terus ke tab Background untuk ubah latar belakang dulu atau keseluruhan Layout.
6
Padankan warna Main Background dengan warna Outer Background atau jika gunakan background seperti diatas padankan dengan Background. Jika menggunakan header transparent, sila Transparet kan warna Header Background. Tapi jika anda nak warna pun boleh. Untuk panduan warna, sila baca entry lepas.

Selepas itu, sila balik ke Page Text untuk padankan warna tulisan entry dengan warna2 background yang anda telah pilih. Pastikan ia mesra dengan mata kita ye? Selepas itu, terus ke bahagian Links kerana ia sama seperti tulisan untuk entry sebab orang nak baca. Tapi  untuk link sebolehnya biar agak kontra supaya orang boleh membezakan link dan tidak.
7

Dah? Okay, sekarang untuk tab yang Blog Title, Blog Description, Tabs Text, & Tabs Background tu boleh abaikan jika anda tak gunakan pun dan biasanya aku tak pakai pun. Jadi aku tak terangkan kat sini. Maaf~

Kita langkau ke Post Title pula. Sila gunakan Font yang mudah dibaca, dan besarkan saiz taju supaya orang tahu itu tajuk bukan entry.
8

Seterusnya, untuk Date Header, Post Footer, Gadget tu sila edit ikut anda. Pastikan Font yang jelas, warna yang padan serta mudah dibaca ye. Aku nak langkau terus ke yang lebih penting bagi aku iaitu di tab Images.

Di tab Images ni anda hendaklah berbuat demikian:
9

Nampak tak? Background Colour hendaklah di transparentkan beserta Border Colour. Ini adalah untuk gambar berformat .png atau gif tidak mempunyai background seperti yang selalu aku buat dalam entry. Fahamkan? Maksudnya gambar pun backgriund transparent. Hehe~ Caption Text Colour tu jangan transparent. Kot anda nak letak caption, tiba2 tak keluar pula. Kan?

Dah selesai semua? Tekan butang Apply to Blog. Di penjuru kanan atas screen anda.


Hah~ Itu lah cara aku warna2kan blog aku. Kena banyak main2 warna je. Lepas tu untuk susunan widget, aku akan buat entry yang lain ye? Selamat mewarna blog!