Memaparkan catatan dengan label Shoutbox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shoutbox. Papar semua catatan

Semua nak popular?

Eh? Siapakah beliau ini...?
Macam artis K-Pop je aku tengok. Lagak macam popular, siap ade banyak kamera ikut.
Eh? Kau pun tak tahu dia ni ke? Aku ingat tahu. Jadi tak lah popular sangat. Jadi siapa dia ni? Cuba tanya...
Oh, nama dia Jiyong. Nama macam Korean ke Japanese je. Siapa dia ni sebenarnya?
Dia ni shout di shoutbox aku. Sebenarnya aku tak kenal pun dia ni. Hehe~ Tapi apa2 pun, dari gaya dia shout tu macam satu penghargaan. Jadi aku juga menghargai dia. 

Jiyong, kalau nak start blogging tak susah. Tapi memang agak susah untuk dapatkan topik untuk menulis blog. Bila nak dapatkan entry berkualiti, kena buka mata dengan persekitaran dan berfikiran terbuka dan positif.

Kalau anda dah buat blog. Sila2 lah bagitahu aku ye? Maaf lah kalau anda tak faham apa aku tulis ye, Jiyong. Aku ni tak pandai sangat English. Hehe~ 


Button Shout dari sembil9n.com

Sahut2

Nampak macam tulisan Jawi kan? Hehe~ Aku download tulisan ni sebab tulisan ni ala2 kaligrafi je. Kadang2 kita nak gunakan design dengan mood Islamic tapi tak mahu tulis jawi. Jadi tulisan2 macam ni membantu sikit mood tu. Tapi bagi aku, agak susah untuk dibaca kan? Kena lihat betul2 baru boleh baca. Aku tulis ayat “Sahut-sahut” untuk button shoutbox anda yang di hide tu.

Maksudnya aku nak beri anda pilihan button2 untuk anda gunakan di shoutbox tu. Setakat ni, aku mampu nak beri ni je untuk pelawat2 blog aku. Belum mampu nak beri lebih dari ni. Huhu~ Selamat mengambilnya.

Sahut2 1Sahut2-2Sahut2-3

P/s : Sorry tak cantik, sebab tengah dalam trial punya segmen. Aku tak pasti boleh ke tak anda nak attach dari blog aku. Kalau ada masalah bagitahu ye? Aku nak test je dulu. Lepas ni aku buat yang lain.