Memaparkan catatan dengan label comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label comel. Papar semua catatan

Kuasa.

Masa kita kecik-kecik, bila kita nampak kain batik atau seumpamanya. Macam-macam yang dapat kita bayangkan. Dan yang paling biasa kita buat adalah. . .

...ikat di leher! Kita akan membayangkan kita menjadi super-hero yang ada kuasa. 

Berlari seluruh rumah dengan tangan kedepan. Sambil membayangkan yang kita sedang terbang sambil kain kat belakang kononnya berkibar2.

Masa tu kita rasa kuat je.

Masa tu rasa berkuasa je. Sampai ada yang bercita-cita nak jadi super-hero bila besar nanti.

Tapi bila besar. . .

...jadi orang penting yang konon rasa nak jadi super-hero membantu memertabatkan bangsanya. Tapi apa yang dilihat dimata tidak seperti yang ditafsir oleh minda kita. Sebab bila kita ada KUASA kita rasa macam tak ada yang boleh tumbangkan kita. Kan?

Jangan lupa; Superman, Ultraman, Spiderman atau lain-lain pun ada zaman kejatuhan. Hehe~

#3 Wordless Wednesday sembil9n.com

(boleh kan 2 kali?)





 What about a WordlessWednesday?





+++++++++
T-shirt dengan URL BLOG ANDA
 kini dibuka untuk tempahan!!
RM28 termasuk POSTAGE!!

 Klik sini!

Design Your Mascot Mini Contest by Nuruldotdotdot

Seriously, aku tak pernah terfikir ada blogger yang akan menganjurkan pertandingan macam ni. Menarik gila lah. Hehe~ Aku suka. Dulu aku pernah buat sebenarnya tapi tak dapat sambutan sangat lah. Biasalah tak feymes kan. Okay, tarikh tutupnya pada 15 Mei 2011 ni. Sempat lagi pada sesiapa yang nak join. Sila klik banner bawah ni kalau suka nak join ye?



Dan, dibawah ni adalah design yang aku pertaruhkan. Aku cuba menyampaikan yang kita berbeza dan hanya kita satu2nya didunia ni. Walau kita ni kembar ke apa, kita tetap satu. Faham kan? Hehe~ 

Baby kembar berbual. Video yang sangat comel! :D

Jika anda tak suka dengan bayi anda sangat aneh. Secara purata, hampir kesemua orang yang kata tak suka bayi sebenarnya tak bermaksud tak suka pun. Mereka cuma belum bersedia memilikinya. Tapi aku sangat suka budak kecik, sampai boleh dikatakan aku suka duduk kat mana2 Mall tengok gelagat budak2 kecik and bayi2 orang lain. Dari kajian mengatakan bayi ni atau anak2 kecil boleh menghilangkan tekanan tau. Sebab kecomelan mereka. Wah2~! Tapi jangan pula ni dijadikan alasan untuk anda membuat bayi banyak2 ye? Mampukah? (Lagi2 yang belum kahwin!!)


Cuba tengok video ni? Sangat2 comel kan? Haha~ Aku suka tengok! Agak2 apa ye yang mereka borakkan?? Ada siapa2 boleh tafsirkan? Hehe~

Dari pemerhatian aku. Mereka seperti membincangkan pasal stocking! Cuba tengok...sorang ada stocking sepasang, satu lagi dah tinggal satu. Lepas tu siap tunjuk pula kaki dia. Hehehe~ Ala-la-la.... Comel betul~ 

Tapi agak2 mereka faham ke ye sesama mereka? Pfft~ Apa pula tak faham kan? Mereka cakap bahasa yang sama! Apa punya soalan da~

P/s : Agak2 aku masa kecik2 comel ke ye? Hmm~ Ewww~!