Memaparkan catatan dengan label T-shirt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label T-shirt. Papar semua catatan

Bersifat Kejiranan

Inilah kediaman Makhluk Hijau ni...
...berserbelahan dengan kandang haiwan. 

Oh, itu bukan kandang milik dia atau pun bapa dia atau pun keturunannya. Tetapi orang lain. Lagi pun itu tanah dia, biarlah dia nak buat apa pun kan.

Walaubagaimana pun, pemilik kandang tersebut tetap jiran si Makhluk Hijau tu.

Tetapi, jirannya itu tidak menjaga kandangnya itu. Seperti yang anda tahu, Makhluk Hijau ada buat penanaman pisang di hadapan rumahnya. (entry ini)

Seringkali, haiwan2 yang sepatutnya dikandang oleh jirannya itu tidak dikawal hingga memakan tanaman Makhluk Hijau. Haiwan amat gemar dengan pokok yang baru bercambah.

Walau jiran tu menyedari, dia cuma memanggilnya masuk kandang semula tetapi tak pun meminta maaf.

Ini pastinya mengundang marah sesiapa je. Bukan itu je, kandang itu juga menjadi tempat pelupusan sampah. Jirannya akan akan kumpulkan dan bakar di kawasan kandang itu.

Asap2 tu membawa bau busuk serta langsung tidak menyenangkan. Jirannya itu sedikit pun tidak memikirkan bahawa ada kediaman orang di sebelah kandangnya itu. Jika berlaku kepada dia, apa dia rasa?

Sehinggalah, satu hari. . .

. . .letupan berlaku di kandang tersebut. Letupan itu amat kuat sehingga menerbangkan haiwan2 yang asalnya tidak boleh terbang, melayang tinggi hingga berbatu jauhnya. Letupan itu berpunca dari. . .

Namun malangnya, semua itu hanya khayalan liar si Makhluk Hijau je. Sebab Makhluk Hijau ni masih berfikiran waras lagi berperi kemanusiaan.

Biar Allah SWT je yang memberi balasan. Apa kita boleh lakukan hanya menegur atau kita pula yang akan dipersalahkan.

Hidup berjiran hendaklah bertolak ansur serta perlu timbang rasa. Jika kita tak suka diperlakukan begitu maknanya orang lain juga tidak suka. Atau jika pun anda suka mungkin orang lain tidak suka.

Allah SWT telah kurniakan setiap hamba-Nya otak dan akal fikiran. Boleh fikir kan mana baik buruk. Dalam agama kita pun dah ada pun rukun adab2 berjiran. Jika jiran kita sakit hati, dosa hukumnya.

Sedangkan bau harum masakan kita jika dihidu jiran dan kita tak sedikit pun menghulur kepadanya, dosa hukumnya. Ini kan pula bau yang busuk dan buat orang sakit hati. Fikir2lah ye.





++++++++++++
Kepada jiran2 blogger aku. Aku masih buka jualan T-shirt blogger tu. Lagi 50 orang! Cepat2! RM28 je dengan postage. Siap dengan URL link blog anda lagi dibelakangnya untuk setiap baju! Siapa nak bagi kan? RM28!! Lengan panjang ada, serta Baby-T dari XS hingga XXXL!! Cepat!!





#2 SPONTANEOUS THURSDAY by sembil9n.com


Disebabkan aku tak boleh lelap mata dan aku on lappy semula. Aku nak update satu lagi #ST ni lah. Menarik je aku rasa. 

"Nak beli t-shirt aku? RM28 je."

P/s: Agak terlebih promote ke? hehe~ Sila tumpu pada #ST yg sebelum ni. 

T-shirt siapa ni?

Salam semua! Kali ni, si Makhluk Hijau ni pakai lain sikit lah. Pelik je aku tengok. Tak percaya? Cuba tengok...apa puya trend ntah.
Berbeza kan? Apa hal ntah si Makhluk Hijau ni pakai macam tu pula? Selalu lain je?

Oh! Baru aku ingat! 

Ini sempena meraikan anda2 semua yang mengunjungi blog aku!

Apa dia?

Aku telah mendesignkan satu T-shirt yang bertemakan blog aku disamping meraikan anda sebagai Blogger!


Cuma RM28 termasuk postage (insha-allah).

Di bahagian belakang (pingang) akan ada link blog anda (setiap orang). Bila orang klik link tu akan terus masuk blog anda. Hehe~ (gurau)...

Ada yang berminat? Kini dibuka TEMPAHAN! 
Sila isi borang di tab T-shirt..anybody?? tu ye?

Pembayaran adalah melalui bank-in ke akaun aku. Kejujuran dalam urusan jual beli ini adalah amat penting. Harap anda bekerjasama ye.

Nombor telefon aku apa semua tu aku dah letak. Kemusykilan sila tanya.

Terima kasih kerana menyokong!!