Memaparkan catatan dengan label animasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label animasi. Papar semua catatan

Kuasa.

Masa kita kecik-kecik, bila kita nampak kain batik atau seumpamanya. Macam-macam yang dapat kita bayangkan. Dan yang paling biasa kita buat adalah. . .

...ikat di leher! Kita akan membayangkan kita menjadi super-hero yang ada kuasa. 

Berlari seluruh rumah dengan tangan kedepan. Sambil membayangkan yang kita sedang terbang sambil kain kat belakang kononnya berkibar2.

Masa tu kita rasa kuat je.

Masa tu rasa berkuasa je. Sampai ada yang bercita-cita nak jadi super-hero bila besar nanti.

Tapi bila besar. . .

...jadi orang penting yang konon rasa nak jadi super-hero membantu memertabatkan bangsanya. Tapi apa yang dilihat dimata tidak seperti yang ditafsir oleh minda kita. Sebab bila kita ada KUASA kita rasa macam tak ada yang boleh tumbangkan kita. Kan?

Jangan lupa; Superman, Ultraman, Spiderman atau lain-lain pun ada zaman kejatuhan. Hehe~

Jika kartun2 animasi Malaysia berborak sesama mereka?

Maaf lah, jika tak rasa lucu sangat. Aku cuma terfikir anda masih ingat lagi ke kartun2 lama tu selepas kehadiran kartun2 yang baru ni? Aku rasa ada setengah dari anda tak ingat dah atau pun ada yang buat reaksi "Tak pernah dengar pun?!!" betul tak? Haha~ Jadi aku sebenarnya nak kenalkan serba sedikit mengenai kartun lama2. Tapi cuma nama je lah, info2 cari sendiri. Huhu~

Oh! Terlupa pula. Nampak tak Eddy (Rebirth Project) tu? Tahu tak tu animasi mana? Haha~ Kalau tak tahu baca entry aku tentangnya. Menarik!! AKU JAMIN 99.9%!

Rebirth Movie - Kerjasama anak muda tempatan di bawah kerjasama Kaixer.net dan beberapa kumpulan grafik lain!

Assalamualaikum, ada lagi ke yang menjengah ke blog aku ni? Terima kasih lagi sekali dari aku tak terhingga. Aku tengok traffic aku naik tinggi gak bila aku buat siri 'Facebook Comment' tu. Nanti aku buat lagi ye? Belum dapat idea. Sekarang ni aku aku nak bagitahu tentang satu hasil kerja anak muda! Muda ke? Muda lah sebab mereka dalam lingkungan 20-an je umur mereka. 

Hah~ Mesti ada yang masih tak fahamkan apa kejadahnya aku cakap ni? Haha~ Kalau aku baca balik pun aku tak faham. Sebenarnya aku menceritakan tentang projek member2 aku ni. Projek baik punya iaitu "Rebirth: World Order". Ia satu animasi ciptaan 5 orang anak muda pada awal tahun ini (2011). 





Video di atas adalah preview serba sedikit tentang project mereka. Informasi yang lanjut boleh didapat terus di rebirthprojects.com serta di Facebook mereka di fb.com/RebirthMovie. 

Dalam entry ni bukan itu yang aku nak cakapkan sangat, sebab info ni anda boleh dapat sendiri dari web site mereka yang gila COOL! Haha~ Tapi apa yang aku nak cerita adalah perlunya orang2 seperti mereka dalam industri filem animasi Malaysia kita yang kian meningkat naik ni. DAN! Perlunya orang2 seperti anda...anda dan anda untuk menyokong mereka ni. Tak ruginya kita menengahkan usaha2 orang seperti mereka. Walau mungkin anda tak suka hasil kerja mereka tapi anda patut puji usaha mereka. Sekurang2nya mereka menyumbang sesuatu. Anda?

Hehe~ Macam apa je aku cakap kan? Haha~ Hah! Sebagai info tambahan mengenai Rebirth Project tu, dikatakan akan ada sekuel cerita ni dalam novel grafik selepas movienya nanti! Wah!! Lebih menarik aku rasa benda ni. Aku memang suka kumpul novel2 grafik ni. 

Dan satu lagi berita baik kepada BLOGGER! Rebirth Project ni tengah memerlukan ramai blogger untuk promote mengenai projek mereka di blog anda. Mereka (blogger) yang bantu promote projek ini secara automatik diterima sebagai media partners di rebirthprojects.com/credits-media. Ini projek Non-profit dan segala bergantung kepada blogger. Jadi sama2 lah kita naik. Mereka2 yang membuat review mengenai mereka projek mereka ni di blog boleh PING kan URL blog anda di Facebook fanpage mereka.

Secara jujur, anda tidak akan rugi apa2. FILEM AKSI NI!