Apakah yang aku maksudkan dengan kawan dalam kartun? Adakah ianya berkisarkan tentang kita mengenali kawan semasa menonton kartun? Ah~ Bukan! Adakah ia mengenai persahabatan yang terpisah lama dan ada tragedi di sebalik pertemuan dan perpisahan dalam sebuah cerita kartun? Bukan! Jika semua bukan; apakah ia? Sila jelaskan~
Ia sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan rakan blogger di dalam dunia maya dan tak pernah berusa muka. Eh? Jadi mana kartunnya? Haha~ Apa lah skema sangat ayat2 aku ni? Rileks2 dah lah kan? Okay, sebenarnya entry ni nak mempersembahkan artwork latest aku. Baru siap pagi tadi dalam jam 7.15 lah lebih kurang. Tapi aku tak puas hati lagi sebenarnya. Kalau ikutkan memang tak ada pun artwork aku yang aku pernah puas hati. Sebabnya macam tak cukup je. Haha~ Tapi tak apalah kalau banyak2 nanti serabut pulakan? Nak tengok?! Tutup mata semua…kira sampai 3 baru buka ye? 1…2…3…! Buka! Haha~ Still tak ada. Cuba scroll bawah2 lagi sikit ye.
Itu dia! Cantik tak? Hehe~ Sebenarnya yang depan tu je. Tapi karektor aku tu saja tambah untuk entry ni SAHAJA. Itu adalah gambar kartun untuk pemilik blog Bila Tergigit Halia iaitu @EmanTheHalia. Aku bukan buat suka2 ni, dia yang minta. Kira tanda terima kasih lah sebab selalu (juga la) promote blog aku kat blog dia. Comel kah? Ada rupa gitar bass tak? Haha~ Sorry gang, aku tak tahu alat muzik. Ni pun aku cari kat internet. Ahaks~
Aku tak tahu apa sebab dia minta aku buat benda ni. Haha~ Aku sebab tak ada kerja, aku buatkanlah. Tapi sumpah lama gila aku buat benda ni (sebenarnya tangguh2). Penat gila buat kartun macam ni. 100% Adobe Illustrator CS5. Haha~ Si Eman ni menjanjikan yang beliau akan mensupport perbelanjaan kahwin aku nanti jika aku berjaya siapkan ni (kan?). Seronok tak? Hahaha~ Aku tuntut ye Eman! So, Eman? Apa macam? Okaykah? Atau aku nak ubah sikit lagi? Aku okay je.
P/s : Aku rasa gitar tu nak patah lah, kan? Haha~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan