Blog site Blogger Tercinta (Official)!

BT

Selaku admin Blogger Tercinta yang prihatin, aku dan Enna telah menghasilkan satu site yang aku panggil Blog Site khas untuk ahli Blogger Tercinta (Official) atau singkatannya BTO! Best kan? Haha~ Fine, aku tahu tak menarik pun. Hoho~ Dengan rasminya kami telah melancarkan blog site tu pada 26 haribulan Februari 2011.

Jadi apa tujuan blog site ni?

Tujuan blog site ni adalah untuk kami memaparkan segala aktiviti ahli2 blogger, termasuklah event, contest, giveaway dan lain2. Kami juga turut akan mempromosikan blog2 ahli Blogger Tercinta di blog site ni. Menarik tak? Okay, still nampak tak menarik ke? Apa kata anda pergi sendiri tengok apa ada kat blog site tu. Haha~

Jika ada sebarang kekurangan anda boleh terus bagitahu kami supaya kami boleh cepat2 tambahkan apa2 yang kurang. Kalau tak ada yang kurang, anda boleh lah bagi cadangan ke apa2 pada kami supaya kami boleh mempertimbangkan cadangan anda. Haha~ Terima Kasih kepada anda yang kerap menyokong kami ni. Tampa anda, takkan ada Blogger Tercinta ni.

P/s : Jangan lupa singgah pula ye.

Tiada ulasan: