Tonton di Tonton

Adakah anda ni duduk jauh dari keluarga, belajar jauh ke? Mesti duduk asrama kan? Sama lah dengan aku ni. Sejak aku duduk kolej ni aku jarang gila tengok TV. Yela, duduk kolej mana boleh bawa TV ke bilik kan? Tu yang aktiviti mendownload makin berleluasa. Huhu~ Eh, yang study di U level ni bukan di sekolah. Di sekolah aku rasa laptop pun tak boleh bawa kan? Kasihan~

Tapi sekarang aku dah boleh juga nak tengok TV walau pun dengan laptop je. Lagi best bila ada WiFi sebab laju sikit bufferingnya. Haha~ Walaupun siarannya agak lambat dari waktu asal, tapi aku kisah apa, asal dapat tengok TV! Ops~ Lupa nak cakap tentang apa yang aku reviewkan ni. Aku tengah cakap tentang tonton.com.my!

tonton_com_my_ali

“Cara baru orang menonton TV” adalah cogan kata yang digunakan. Kalau internet anda okay, memang laju dia buffering. Boleh di katakan tiada gangguan macam yang kita selalu tengok di YouTube. Walau masih dalam Beta testing, tapi aku dah rasa agak puas hati! Mudah je nak akses website ni, dah dapat masuk tekan register. Mudah! Lepas tu boleh tonton dah.

Ada beberapa channel yang telah bekerjasama walau masih beta test! Nak tahu channel mana? Ni dia:

xxz

Setakat ni tu je. Tapi tu yang channel, belum masuk tab2 dia yang lain. Macam tab Shows, Movies, dan Specials. Ye! Anda boleh tonton Movie di sini! Kalau tak salah aku, setiap bulan dia akan update Movies tu! Cool tak? Di bahagian channel tu ada cerita dari berita hingga ke drama. Jadi tak ada alasan jika terlepas drama kegemaran anda. Hehe~

xxx

P/s : Aku memang amat menyarankan anda melawat ke website ni sebab dapat tengok TV. Hehe~ Lagi2 kepada blogger yang jarang2 ada masa nak ke depan TV. Sambil2 update blog, boleh tunggu buffering kalau lambat sangat.

Tiada ulasan: