Pada aku, ia amat penting lah untuk sesuatu blog tu mendapatkan feedbacks dari reader2. Tujuannya adalah untuk kita mengetahui sejauh manakah sebenarnya tahap blog kita ni di hati pembaca2. Feedbacks tak bermaksud bilangan Follower ye. Sebab follower tu kadang2 ada yang follow sebab balas follow kita atau follow sebab nak suruh kita follow balik. Hanya ada beberapa peratus je follower yang follow sebab suka blog kita.
Bagaimana dengan komen? Komen juga adalah satu ajen penting yang mewakili feedback dari reader kita. Jika penulisan anda bagus, tidak kira bagaimana atau apa cerita anda tulis pasti ada pembaca dan ada yang komen. Kadang2 aku tengok, entry dia pendek dan agak merapu tapi readers dan komen banyak. Ini sebab cara dia menyampaikan entry tu menarik dan terbaik. Macam mana nak tulis dengan baik dan bagus? SIla tengok entry yang lepas2 ye, aku ada tulis cara aku nak karang style aku. Hehe~
Selain tu, anda juga boleh buat Poll. Poll ni adalah satu benda yang boleh menunjukkan feedback readers kita. Kalau nak letak Poll, jangan lah tersorok sangat. Orang tak jumpa nanti. Letak tempat2 yang stratergy sikit, tapi jangan ganggu entry dah la ye.
Kalau tak ada juga benda2 tu, anda boleh gunakan alternatif lain. Apa dia? Pernah dengar Formspring.me? Aku rasa ramai je blogger yang dah ada pun akaun formspring ni. Ye, memang formspring ni untuk tanya menanya. Tapi aku baru perasan yang ia juga ada widget yang Respond. Apa yang boleh dibuat dengan button widget ni adalah boleh dijadikan ruangan untuk kita mendapat feedback dari reader.
Anda boleh dapatkan button Respond ni kat Settings > Respond Buttonlepas tu ikut caranya. Lepas dah ikut, baru boleh letak button ni. Cool kan? Aku harap adalah yang rajin nak bagi feedback ni sebab ia bertujuan untuk penambah baikkan blog kita juga. Respond aku, nanti aku Respond anda balik. Haha~
P/s : Terima kasih kepada yang datang menyinggah dan memberi respond2 yang baik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan