Memaparkan catatan dengan label Feedback. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feedback. Papar semua catatan

Malaysia dan Indonesia

Seharian aku tak sengaja melayan forum (kot) di topix.com berkenaan perbalahan antara Malaysia dan Indonesia. Pening kepala aku! Asalnya aku nak cari cerita tentang Sejarah Bendera Malaysia, tapi last aku terjumpa pula perbalahan antara dua rakyat negara ni. Haha~ Cakap macam bukan rakyat Malaysia pula. Aku rakyat Malaysia ye! Nak tengok surat beranak dan IC ke? Hehe~ Cuma darah aku je ada darah orang Jawa.

Aku tak nak salahkan mana2 negara dalam perbalahan ni sebab aku tak tahu macam mana sejarah asalnya tercetus perbalahan ni. Yang aku tahu kedua2 sentiasa terus berbalah. Lagi2 dalam dunia tanpa sempadan sekarang. Kat internet, merata2 mana ada nama Malaysia, ada je nama Indonesia juga. Lepas tu jadi berbalah. Dalam hal ni aku rasa dua2 salah. Sebab kita kan satu rumpun? Bukan tentang negara, bukan tentang sejarah pembangunan ke, ekonomi ke, apa2 lah. Ni tentang rumpun kita darah kita, DNA kita. Kita ni Melayu!

Patutnya damai je, Malaysia dan Indonesia kalau berdamai aku rasa kuat benteng pertahanan Rantau Asia tenggara ni. Dulu ada grup di Facebook, saling berperang menegakkan negara masing2. Last2 aku dengar, kantoi yang kedua2 grup adminnya sama. Nampak sangat ada kepala kepada perbalahan ni. Siapa tu aku tak tahu. Tapi aku rasa dah habis dah cerita tu. Baguslah.

Sekarang dah muncul pula kumpulan baru. Mula2 aku terjumpa di satu blog yang aku terlupa dah linknya. Lagi satu ni aku jumpa di forum di topix.com tadi. Tapi grup ni adalah grup meminta pendamaian dua negara ni. Aku rasa banyak dah kot grup damai2 ni. Baguslah. Tapi belum ramai yang sertainya. Jadi apa kata ramai2 rakyat Malaysia sertai suara grup ini?! Hehe~ Damai kan best! Dan jangan lupa perlihara Badak Sumbu Jawa. Hehe~

hh

hhh

Cik Anon pelengkap!

ayyoSecara jujurnya, aku sangat2 dengki dengan blogger2 lain yang ada cik anon ni komen pedas. Haha~ Dengki bukan apa, sebab aku rasa bila adanya haters ni baru lah lengkap korum yang kita ni dikenali. Bukan bermaksud terkenal ye, cuma sekadar dikenali. Haha~

Seperti yang anda tahu, cik anon ni biasanya akan menembak dengan komen2 yang gila2 menyakitkan hati. Kadang2 orang yang tak berkenaan baca pun macam nak cari cik anon tu dan belah 4. Tapi sebenarnya tak perlu lah anda nak melenting dengan orang2 macam ni. Lagi2 yang pergi post kat entry pulakan kutuk2 kita. Buat releks je.

Kenapa aku cakap macam tu? Ia bermaksud kita sudah mencapai level dimana anda ada diatas atau telah dikenali. Jadi ianya bagus! Mustahil untuk semua orang suka dengan diri kita ni kan? Jadi, bagi aku untuk tahu kita sudah capai tahap dikenali adalah dengan mempunyai reader tetap, silent reader, supporter, commenter dan mesti ada hater! Haha~ Siapa setuju, angkat tangan macam ni.

Benda ni sama je kat mana2. Perasan tak selebriti, atau ahli politik, atau ketua apa2 bila berada di atas pasti ada yang akan cuba menjatuhkan. Sama lah tu. Susah nak puaskan hati semua, sebab masing2 ada ego masing2 kan? Apa boleh kita buat adalah dengan mengambil positif dari kata2 cacian tu. Mungkin cacian orang tu lah kelemahan atau kekurangan kita. Kalau anda ada alasan sendiri kenapa anda buat tu, so tegaskan dan seboleh2nya bangunkan lagi. Okay?

P/s : Alahai~ Dah jadi macam tips pula. Padahal nak buat entry je. Haha~ Idea ni datang lepas tengok vedio Yuyu Zalikha.

Pentingnya feedback readers.

Pada aku, ia amat penting lah untuk sesuatu blog tu mendapatkan feedbacks dari reader2. Tujuannya adalah untuk kita mengetahui sejauh manakah sebenarnya tahap blog kita ni di hati pembaca2. Feedbacks tak bermaksud bilangan Follower ye. Sebab follower tu kadang2 ada yang follow sebab balas follow kita atau follow sebab nak suruh kita follow balik. Hanya ada beberapa peratus je follower yang follow sebab suka blog kita.

Bagaimana dengan komen? Komen juga adalah satu ajen penting yang mewakili feedback dari reader kita. Jika penulisan anda bagus, tidak kira bagaimana atau apa cerita anda tulis pasti ada pembaca dan ada yang komen. Kadang2 aku tengok, entry dia pendek dan agak merapu tapi readers dan komen banyak. Ini sebab cara dia menyampaikan entry tu menarik dan terbaik. Macam mana nak tulis dengan baik dan bagus? SIla tengok entry yang lepas2 ye, aku ada tulis cara aku nak karang style aku. Hehe~

feedbackSelain tu, anda juga boleh buat Poll. Poll ni adalah satu benda yang boleh menunjukkan feedback readers kita. Kalau nak letak Poll, jangan lah tersorok sangat. Orang tak jumpa nanti. Letak tempat2 yang stratergy sikit, tapi jangan ganggu entry dah la ye.

 

Kalau tak ada juga benda2 tu, anda boleh gunakan alternatif lain. Apa dia? Pernah dengar Formspring.me? Aku rasa ramai je blogger yang dah ada pun akaun formspring ni. Ye, memang formspring ni untuk tanya menanya. Tapi aku baru perasan yang ia juga ada widget yang Respond. Apa yang boleh dibuat dengan button widget ni adalah boleh dijadikan ruangan untuk kita mendapat feedback dari reader.

FORMSPIRNG.ME

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anda boleh dapatkan button Respond ni kat Settings  > Respond Buttonlepas tu ikut caranya. Lepas dah ikut, baru boleh letak button ni. Cool kan? Aku harap adalah yang rajin nak bagi feedback ni sebab ia bertujuan untuk penambah baikkan blog kita juga. Respond aku, nanti aku Respond anda balik. Haha~

P/s : Terima kasih kepada yang datang menyinggah dan memberi respond2 yang baik!

Orang buat tutorial, dia pun nak buat tutorial?! Apa kes?!

Kadang2 aku tak faham lah sesetengah umat manusia yang ni. Tak boleh ke tengok orang lain lebih sikit? Satu dunia ni semua macam tu. Kalau ada je orang lain lebih sikit mula nak rasa iri hati. Kalau setakat iri hati yang positif tak apa lah. Tapi ada golongan manusia yang iri hati negatif tu yang tak best. Dah iri hati boleh pula pergi kecoh2 kata si polan ni salah lah apa lah. Di samping mendownkan orang lain, si pengiri hati tu juga menumpang populariti orang yang dia kutuk. Betul tak? Haha~ Nama pun manusia kan?

Balik pada tajuk asal entry ni yang kontroversi je bunyinya. Soalan ni di ajukan kepada aku sebenarnya oleh seorang kawan aku di kampus, tapi bukan lah nada marah atau cemuh. Cuma bergurau, jadi aku tak kisah sangat. Sikit sentap adalah. Hehe~ No problemo!

errr


Jadi apakah jawapan aku? Okay, sebenarnya aku buat tutorial sebab ada orang minta. Aku bukan suka2 hati nak buat tutorial ni. Yela, aku bukan hebat sangat. Aku sendiri cari tutorial orang. Secara jujurnya, aku tak reti nak buat tutorial macam mana. (Agak2 ada tak tutorial untuk buat tutorial?) Jadi aku buat ikut cara aku. Alhamdulillah, orang yang datang tengok tu faham. Ada juga 2-3 orang tanya balik tapi tak ada berkenaan dengan kesilapan aku.

Cuma baru2 ni ada satu entry aku tentang tutorial untuk lukis kartun. Aku dah pindahkan ke Draft sebab ada seorang rakan blogger ni cakap entry tu tak lengkap sebab aku tak tunjuk cara nak lukis pun. Haha~ Memang ye pun aKu tak ada letak pon cara nya. Jadi aku akan ubah kemudian. Terima kasih kepada Newbie yang tak letak link dan nama di ruang komen.

Tapi aku tak suka orang komen aku tapi tutup muka. Adoi lah~ Segan apanya pulakan? Hoho~ Tak kisah lah, yang penting komen dia membantu (walaupun dalam Bi).


Kepada anda2 yang nak buat tutorial ke apa ke, buat je. Jangan pula rasa macam rendah diri. Memang kita ni tak bagus mana nak ajar orang tapi sekurang2nya kita tunjukkan sesuatu yang kita tahu. Tapi please! Jangan copy and paste. Coding tu maybe anda copy paste juga kan, tapi tolong buat versi anda sendiri eh. Baru COOL~!

Blog anda, ikut suka anda lah~

xxxvc

Anda pun samakah?

amiey

Tuan blog ni, Amiey kerap datang ke blog aku ni. Dia ni pula bukan kaki tinggal jejak di shoutbox tetapi di komen. Aku ucap terima kasih betul kat si Amiey ni, dan pengunjung2 yang lain yang juga kerap komen. Aku bukan pilih kasih sebab buat entry untuk si Amiey ni. Tapi dia ni kerap sangat hadapi masalah bila masuk ke blog aku. Anda pun samakah?

Aku tertanya juga, ramai ke yang hadapi masalah ketika nak masuk ke blog aku ni? Aku nak tahu supaya aku boleh buat pengubahsuaian.

Apa masalah yang si Amiey ni dapat? Oh~ Dia mula2 kata aku Follow dia, lepas tu tiba2 kata aku hilang dari kawan Follow dia. Tu aku tak kisah lah kadang2 bengong gak Google ni. Tapi dia juga kata dia tiba2 tak follow aku sedangkan dia dah. Tu masalah kedua. Masalah paling besar adalah, dia tak boleh komen kat blog aku. Adui gila sedih~

Aku gunakan intensedebate untuk ruang komen blog aku. Mungkin lah agak berat untuk pengguna2 internet yang agak slow. Maaf ye. Aku memang suka guna intensedebate ni sebab memudahkan aku nak reply apa semua, ada nottification di email aku dan email anda juga (jika anda letak).

Kepada anda2 yang mempunyai masalah yang sama, aku minta maaf banyak2. Jika ada masalah lain; sila kemukakan kepada aku ye. Terima kasih, aku akan readykan blog sebaik mungkin untuk anda.