Si Buta

Assalamualaikum. Hari ni aku terbuka minda tentang orang2 kurang upaya dan orang yang tak berupaya mengawalnya. Huhu~ Aku maksudkan seperti tajuk tersebut. Pernah anda terfikir jika anda di tempat mereka? Pernah terfikir kalau jadi macam tu? Ish~ Tak boleh bayang lah. Hmm~

buta

Aku kasihan tengok pak cik tadi ketika aku nak makan di kedai depan tu. Dia buta. Selalu dia teraba2 nak pergi ke perhentian bas. Pernah juga guide dia untuk pergi ke perhentian bas. Biasanya dia bercakap2 apa ntah aku tak faham sebab suara dia agak garau dan loghat Terengganu pula. Tadi kat kedai makan tu, dia duduk dengan tuan kedai tu. Pekerja kedai tu gurau2 ngan dia berlakon suara perempuan konon tegur dia. Haha~ Lucu juga, tapi aku still tak faham apa mereka bualkan. Tapi tu je yang aku faham.

Tak boleh aku nak bayang hidup dalam kegelapan. Dengar cuma bunyi2 yang tak tahu kat mana diri berada. Kita duduk dalam rumah semasa blackout pun dah rasa terumbang ambing, inikan dalam kegelapan seumur hidup!

Tapi jangan tak tahu ye yang orang2 buta ni pun boleh jadi superhero! Hehe~ Daredevil adalah peguam buta yang menjadi superhero. (dalam komik) Tapi jangan salah sangka dengan namanya Daredevil macam jahat je. Tapi sebenarnya dia ni penegak keadilan dibandar. Keupayaannya adalah terlalu peka dengan bunyi. Boleh dengar semua bunyi di bandar nya.

Dalam kehidupan sebenar, orang buta ni memang mempunyai keupayaan yang lebih sikit dari orang lain. Kan Allah Maha Adil, Dia takkan bagi sesorang ini lebih atau kurang. Contohnya orang yang buta ada deria rasa yang lebih dan pendengaran yang tajam. Boleh baca tulisan braile dengan hanya menyentuh dengan jari. Aku try sentuh2..aku still xdpt detect tu huruf apa. Aduhai~ Setakat ni, aku belum ada kawan buta lagi. Bisu adalah, tapi bisu2 kawan aku tu pun dia samseng. Hehe~

P/s : Masih tak boleh bayang jadi buta. Hmm~

Tiada ulasan: