Cerita Mantera - Kebangkitan!

Ada tak anda dengar tentang tajuk certia Mantera? Cerita yang diterbitkan oleh syarikat Flare Studio Sdn. Bhd. (FSSB) tu. Media meuar2kan bahawa cerita ni adalah cerita Transformer Malaysia! Hebat kan bunyinya? Tapi adakah ianya sehebat yang diperkatakan? Masih jadi persoalan sebab cerita tu belum umum tarikh tayangan tapi katanya dalam tahun 2011 ni.

31090_398147338903_106661923903_3965348_3940402_n

Tapi dari apa yang aku lihat pada semua teaser2 cerita ni nampak gah! Dengan logo Mantera tu dah rasa hebat dah! Jadi apa di sebalik cerita ni agaknya. Okay, aku cerita sikit dari yang aku baca.

Katanya cerita ni tentang seorang budak yang dapat kuasa dari kerjasama sebuah syarikat teknologi. Dia dapat baju perisai macam Iron Man manakala antagonisnya adalah seperti Transformer. Kira macam cerita konflik antara Transformer dengan Iron-man lah.

Tapi kira berani juga ye FSSB ni ambil pelakon baru iaitu Tomok Mantera04dan Shiqin Kamal. Hayya~ Sangat baru pelakon2nya kan? Tak risau ke kurang sambutan cerita ni? Tomok tu tak pernah lagi berlakon dah diberi tanggungjawab besar! Lagi2 katanya filem ini akan ke pentas antarabangsa. Kalau ditengok dari tajuknya iaitu Mantera – Kebangkitan atau versi English nya Mantera – The Rising, macam akan ada sekuel yang seterusnya kan?ce7ad765wallpaper-1

FSSB ni sebenarnya bukanlah syarikat yang baru setahun jagung dengan dunia animasi dan CGI pe semua ni. Sebab aku rasa syarikat ni dah terbitkan banyak animasi antara yang paling popular adalah Muhammad Utusan Terakhir, dan cerita kegemaran aku Mr. Ice! Cool gila! Biasanya cerita2 dia ditayangkan di RTM. Aku ni kira kaki layan animasi Malaysia tu aku tahu. tapi selalunya tak lah aku adap cerita tu. Sekadar ambil tahu sikit2 je.

Jadi kiranya cerita Mantera ni adalah projek terbesar syarikat ni lah kan? Okay2 itu agak hebat! Apa2 pun aku still tabik pada orang2 macam ni yang sentiasa nak langkah kedepan! Tapi apakah hasilnya? Sama2 lah kita nantikan Mantera!

Tiada ulasan: