Kisah rakan aku mengurat…

wan-char

Assalamualaikum, aku nak kongsi cerita lucu kawan aku si Wan yang cuba mengurat penjaga kedai runcit berdekatan hostel kami ni. Aku dengar dari roomate2 dia, dia kerap sebut2 pasal budak perempuan di kedai tu. Kadang2 secara tiba2 dia keluar untuk ke kedai. Pergi kedai bukan beli apa pun, beli Choki2 je. Haha~ Lawak gila kan? Pergi ke kedai semata2 kerana nak beli Choki2 sangat2 tak logik kan? Sebenarnya kawan aku tu nak jumpa perempuan tu je. Tapi, apa yang lawaknya, dah sebulan lebih kawan aku kenal2 dan tegur2 perempuan tu. Nama perempuan tu pun masih dia tak tahu, apa lagi nombor telefon.

Nak tahu kisah selanjutnya tentang kawan aku ni selepas di paksa meminta number telefon perempuan tu pada hari last perempuan tu bekerja? Hehe~ Mari lah teruskan membaca beserta komik!

wan-bhgn-1

Satu malam tu, kami keluar beli barang di Mydin. Dalam perjalanan balik iaitu selepas makan malam, kami singgah ke kedai yang perempuan tu jaga. Bila dah keluar, kami tanya kawan aku ni dah dapat belum nombor perempuan tu. Dia jawab belum. Aku dengan kawan aku yang lain tak bagi dia masuk kereta selagi tak dapat nombor perempuan tu. Haha~

Jadi situasinya lebih kurang macam kartun yang aku buat tu. Dia masuk ke kedai agak2 gelabah. Tak tentu arah sebab dalam kepala kosong (Dia kata). Dia sebelum masuk kedai sibuk tanya kami macam mana nak tanya perempuan tu. Lucu kan? Dia takut sangat.

wan-bhgn-2

Apa yang kami nampak dia tiba2 pergi bahagian akhbar2 dan majalah. Lepas tu dia ambil suratkhabar dan pergi ke kaunter yang perempuan tu jaga. Bukan apa, dia nak beli suratkhabar pada jam 10.30 malam?! Bukan ke tu pelik? Haha~ Kawan aku ni tak pernah2 beli suratkhabar tiba2 beli. Lucu kan?

Nampak sangat lah nak jadi bahan untuk pergi ke kaunter. Kenapa lah tak ambil gula2 ke, jajan ke, atau apa2 lah. Kurang bijak lah dia ni. Haha~ Mungkin sebab gemuruh dia kot. Apa2 pun tetap lawak sebab lama gila kami tunggu dalam kereta. Padahal beli suratkhabar je malam2 macam tu.

Lepas dalam 10 minit dalam kedai tu, dia keluar. Kami ternampak dia memegang HP sambil senyum. Kami dah tahu dia dapat number perempuan tu. Haha~ Apa lah kawan aku ni. Susah sangat nak minta.

Tapi malangnya untuk kawan aku ni. Sampai sekarang number yang dibagi tu tak dapat di call. Asyik masuk voicemail je. Tapi tak apalahkan? Sekurang2 dia puas dah berjaya tanya nombor. Haha~

P/s : Kepada lelaki di luar sana. Kalau suka tu akui je ye. Nak minta nombor ke apa ke, jangan lengah2. Minta je. Dapat ke tidak tu belakang cerita. Tapi sekurang2nya anda puas hati. Hehe~

Tiada ulasan: