Assalamualaikum~ Entry ni berkenaan sesorang bernama Syiela telah tag aku! Kadang2 aku rasa malas nak jawab tag, tapi kadang2 perkara2 macam ni membuatkan anda ada idea nak buat entry baru. Kan? Jadi tak salah pun jawab tag.
Tapi apa yang menjadi masalah dalam tag kali ni adalah aku perlu menulis 25! fakta mengenai diri aku. Agak2 ada ke yang nak mengetahui tentang diri aku ni? Adui~ Aku bukan artis. Hah~ Mesti kebanyakkan orang fikir macam tu kan? Sebenarnya perkara macam ni adalah untuk anda lebih dikenali. Orang lain yang tag anda tu adalah kerana nak mengenali anda. Jadi jangan lah sombong sangat bila orang tag anda. Layankan je. Anggap yang anda artis atau tokoh yang sedang ditemu ramah. Hehe~ Positif2!
Okay, jadi ni lah 25 Fakta tentang diri aku, tuan blog sembil9n.com :
- Masa bayi (baru lahir), mak aku kata kakak aku pernah terjatuh hampir2 hempap aku.
- Aku anak ke-2 dari 5 orang daik beradik dalam keluarga dan sering dikaitkan berperangai aneh2. (Pelik2 tak aku?)
- Masa kecik dulu, aku pernah tak suka nama sebenar aku (Afnan) sebab aku rasa nama aku tak best. Tapi lepas ketahui maknanya, aku amat berbangga!
- Aku dari kecik lagi tak suka makan sayur sampai sekarang, tapi mula pada tingkatan 4; aku dapat alahan pada udang, ketam, siput, kerang, sotong!! (Benci!)
- Sepanjang zaman persekolahan aku hanya pernah dapat nombor 1 pada darjah 2 dan lepas tu tak pernah sampai lah sekolah menengah. (Huu~)
- Aku tak boleh pakai jam atau apa2 di pergelangan tangan sebab nanti akan timbul ruam2 merah dan gatal! (Punca tidak pakai jam)
- Aku berkhatan lewat (malu~), duit hasil pemberian orang semasa berkhatan tu aku beli D-3 Digivice dari siri Digimon World 2 tapi di curi orang lepas beberapa minggu! Aku masih belum maafkan orang yang curi tu sebab dia ambil impian aku!
- Sepanjang zaman sekolah menengah, aku tak ramai kawan lelaki sebab aku tak tahu apa lelaki borakkan. (Motor? Bola? Lepak? Tak suka!)
- Aku selalu anggap diri aku ni menjengkelkan. (Tak tahu kenapa)
- Lepas SPM, aku bekerja sebagai Promoter Astro. Waktu tu aku nak belajar berhadapan dengan orang. (Seronok juga!)
- Aku amat tak suka di panggil “abang” oleh sesiapa terutama yang lebih muda dari aku. Dengan adik beradik aku, aku lebih suka menggelarkan diri sebagai nama. (Anan)
- Semasa interview untuk kemasukan ke Fakulti Seni Lukis Seni Reka di UiTM, itu adalah hari pertama aku dapat pakai pakaian yang aku idamkan iaitu; kemeja dan tali leher serta kasut kulit! (Bangga gila!)
- Aku jatuh hati pada si dia semasa minggu orentasi di Kampus! (OMG!)
- Aku rasa terpinggir di kelas sebab lukisan aku tak sehebat mereka2 tu. Maklumlah, sebelum tu aku budak LK yang lukis2 guna pensel dan pembaris semua. Bila di kampus kena lukis secara bebas! (Tak ada idea!)
- Lepas cuti mid-sem yang pertama, aku gunakan laptop ayah aku yang dah rosak screennya untuk membuat kerja2 aku. Semester seterusnya aku dapat laptop baru pemberian orang tua aku. (Terima kasih Mama ngan Ayah!)
- Lepas laptop, aku dibelikan kamera D40! oleh orang tua aku. Semuanya RM4000! (kasihan Mama ngan Ayah~hmm)
- Aku down bermula semester 3 apabila pointer aku jatuh dan seterusnya makin jatuh! (Oh! Tidak!)
- Aku bercadang untuk berhenti pada semester 6 tapi dihalang oleh kawan2 kelas dan pensyarah2. Waktu tu juga kedua barang berharga RM4000 tu telah rosak! (Lagi buat aku down!)
- Aku kini masih meneruskan belajar di kampus yang sama dan berusaha untuk bangkit. (Tolong aku)
- Semasa aku tulis entry ni, aku rasa sangat2 sedih dengan diri aku. (Bila nak berubah?)
Lagi lima fakta ni aku nak buat secara random. Maksudnya aku tak nak buat secara kronologi macam di atas ni. Huhu~ Kalau anda berminat, bacalah lagi sebab lepas ni aku nak senaraikan mereka2 yang akan di tag! Okay, 5 fakta rawak mengenai aku:
- Aku adalah lelaki yang sensitif. Aku boleh mengalirkan air mata semasa menonton atau dengar kisah sedih serta menangis bila terlalu tertekan. (malu2~)
- Aku tak boleh buat kerja jika tidak makan. Sebab nanti aku rasa sangat terganggu. (Dah cuba lawan tapi tak boleh!)
- Aku ni orang yang menyendiri dan tak banyak cakap, tapi bila dalam topik perbualan yang aku tahu; aku tak berhenti cakap dan bidas.
- Jadikan blog adalah tempat aku bersosial sebab dalam blog buatkan akal aku diterima semua. (Terima kasih kawan2)
- Suka memerhati tingkah laku orang lain macam pervert, tapi sebenarnya aku mengkaji perlakuan orang dan analisa serta kritik dalam hati. (Sorry, tu natural habit aku)
Itu lah 25 fakta tentang diri aku di dunia nyata. Ada orang kata aku berbeza di alam maya dan dunia nyata, yeke? Tak kisah lahkan? Aku sekarang nak tag 25 rakan aku. Aku tak paksa mereka untuk buat ni dan aku pun sebenarnya tak terfikir nak tag ramai2. Hehe~
Mereka adalah shada wentz, Fadhilah, confuse, lynda, qieranna, mushee, eman, mra dan sesiapa sahaja yang lain. Sorry, saja nak mengenali anda2 semua. Hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan