Assalamualaikum, aku kembali lagi dengan tips yang baru. Apa kena aku ni? Asik buat tips je dalam waktu2 terdekat ni? Bagus sangat ke aku ni? Haha~ Sebenarnya tak lah juga. Aku buat tips untuk newbie ni untuk berkongsi dengan rakan2 blogger yang lain. Terutama blogger2 baru (newbie) dalam grup Blogger Tercinta. Aku salah seorang dari Admin grup tu, jadi banyak yang bertanya macam mana itu dan ini. So, aku tulis je entry kan mudah sebab kebanyakkannya memepunyai permasalahan yang agak sama. Jadi ini dia tips untuk newbie yang kedua.
Kebanyakkan newbie ada masalah dengan menyusun blog mereka dan ada yang tak tahu pun nak tekan apa. Aku tak tipu ni, memanga ada ramai yang tak tahu nak memulakan langkah untuk menyusun atur blog mereka. Faktor utama mereka adalah takut untuk mencuba2.
Sebagai rakan blogger anda aku nak bagitahu satu je. Jangan takut untuk mencuba2 untuk menyusun atur blog anda. Jika mengharap dari bantuan blogger2 otai membantu memang susah lah. Blogger2 otai ni biasanya tak terlayan pun blogger2 lain sebab ramai sangat yang bertanya dan komen. Jadi janganlah kata mereka sombong ye sebab ada antara mereka akan menjawab pertanyaan2 tu dengan entry dan tips untuk newbie.
Okay2, still lagi tak yakin nak mulakan langkah? Aku ajar ye. Mari2 rapat2 aku ajar macam mana. Tips untuk newbie ni untuk blogspot ye sebab majoriti mereka gunakan blogspot.
Mulakan dengan klik Design di Dashboard dan anda akan masuk ke Page Elements. Bawah ni adalah contoh interface Page Elements aku.
Page Elements ini bertujuan untuk menyusun rupa blog anda. Macam mana susun2nya tu macam tu lah yang orang lain akan lihat pada blog anda. Rasanya ini tak ada masalah pun kan? Anda tahu nak Add a Gadgets dan lain2 kan. Jika dah susun apa2 sebelum Save, silalah Preview dahulu ye.
Seterusnya, aku nak beritahu tentang Template Designer. Kepada yang masih gunakan template lama, silalah bertukar ke template yang baru ye. Kerana ianya lebih mesra pengguna dan mudah dikenakan dengan selera mata anda.
Di atas adalah contoh interface Template Designer aku. Nampak tak buttone2 tepi tu yang ada Template, Background, Layout, Adjust Width, dan Advance. Nampakkan? Anda cuba2lah untuk mendesignkan blog anda disini. Mulakan dengan pemilihan Template yang anda suka. Cuba je satu2. Jangan takut2.
Seterusnya bila dah suka, klik Background. Ini adalah untuk menukar background ikut cita-rasa anda. Anda boleh pilih yang sedia ada, mahupun boleh Upload yang baru.
Layout pula adalah untuk rupa blog anda sama ada 1, 2 atau 3 column. Anda boleh cuba klik2 nanti anda akan faham.
Jika anda rasa blog anda terlalu sempit, sila pergi ke Adjust Width. Kegunaannya untuk mengubah saiz blog anda. Nak besar ke atau kecik itu terpulang pada anda. Tapi harap jangan terlalu besar dan tidak lah terlalu kecil sangat. Sebabnya anda boleh rujuk di teknik penulisan blog. Bawah ni contoh kelebaran blog aku.
Last sekali, di Advance ni untuk mengubah warna2 pada blog anda. Terpulang pada anda nak buat macam mana sebab itu blog anda kan? Takkan semua aku nak suruh. Huhu~ Font pun ubah2 dan pilih kat sini. Jadi ingat, jangan terlalu fancy nanti tak ada siapa nak baca entry anda.
Jika dah selesai semua dan berpuas hati, sila klik Apply to Blog di penjuru kanan atas screen anda. Tapi kalau tak puas hati atau ia menjadi lebih teruk, tak perlu Apply to Blog. Tekan Back to Blogger dan kalau dia tanya nak save ke tidak just Leave ye.
P/s: Sebelum anda nak buat ubah suai ke apa2, sila Download Full Template anda terlebih dahulu di Design>Edit HTML. Nanti kalau dah terubah jadi jahanam, anda boleh Upload balik template lama anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan