Tips Berblogging dari sembil9n.com

tips

Assalamualaikum semua, maaf sebab lama tak update blog dan lama juga aku tak berblogwalking. Aku agak terganggu dengan beberapa masalah. Haha~ Aku manusia biasa, tak lari dari masalah. Tapi kali ni, aku nak update tips sikit lah.

Ops! Ada yang berkata ke? Ye, aku tahu lah aku bukan bagus sangat pun dalam berblogging ni. Lepas tu nak nasihat2 pula kan? Okay2 ikut anda lah nak ikut ke tidak. Aku sebenarnya lebih pada pengamatan aku. Kalau tak boleh terima, apa aku boleh buat? Aku memang tak bagus pun, tapi sekurang2nya aku tak lah jatuhkan blogger lain. Sama2 kita bangun kan seronok?

Hah! Tu satu tips untuk blogging juga tu. Kena sesama menaikkan blogger! Biarlah mereka nak tulis apa pun, peribadi ke tidak tu terpulang pada dia. Jangan HATERS, jadi lah MOTIVATOR atau SUPPORTER! Jadi COMMENTATOR pun okay juga. Jika anda memang bagus anda boleh jadi CRITICATOR (betul ke?). Macam tu lah! Tapi jangan kritik yang menjahanamkan. Okay?!

2. Update selalu.

Sebolehnya, jika nak jadi blogger yang dikunjungi ramai. Kerap2 lah update. Sekurang2nya 1 entry sehari pun dah okay. Kalau lebih lagi bagus. Tengok, bila 2-3 hari aku tak update; jatuh terus traffic aku. Tapi kalau nak update tu jangan lah pula merapu. Tulis sesuatuu yang berinformasi.

Contoh macam buat ulasan petikan surat khabar ke? Beri kan pendapat sendiri dari perkara yang anda baca. Kalau anda tak baca surat khabar masa tu, cuba laporkan sesuatu yang menarik berlaku sekitar anda. Seboleh2 nya dapatkan gambar peristiwa yang anda ceritakan tu. Kamera HP pun kan ada. Jika anda tak ada HP kamera, cuba lukis ke atau kalau tak ada juga, dapatkan gambar di Google yang ada lah sikit2 peristiwa yang berlaku. Biar menarik sikit entry anda tu.

3. Sebelum menulis…

IMG0000Sebelum menulis, sila dapatkan sumber yang benar2 sahih atau yang bermotif lah. Jangan ngada2 nak sebar2 gossip pula. Kalau rumor tak apa lah juga, tapi kalau rumor; nyatakan juga sumbernya ye. Sebab kot lah kan anda yang mulakan rumor tu mana orang tahu.

Pastikan juga, sebelum menulis diri anda dalam keadaan yang segar. Ini adalah untuk otak anda cukup cerdas untuk mengarang entry yang berkualiti. Tapi kalau aku, laptop sentiasa dalam keadaan Sleep mode sebab kadang2 idea muncul secara tiba2. Kalau tak sempat buka pun, aku tulis dulu main point dalam buku yang aku selalu bawa kat tangan aku tiap masa.

4. Bersopan santun

Tertanya tak? Apa pula kena mengena sopan santun dengan berblogging? Hah~ Ni mesti spesis tak ingat rukun negara. Kan ada “Kesopanan dan kesusilaan”. Jadi, kita kena juga bersopan santun dalam berblogging! Apa yang aku maksudkan? Bersopan ni bermaksud jaga bahasa kita supaya tidak tersinggung dek mana2 pihak. Kalau pun kita nak kritik sesuatu tu, sila jangan mention nama ye. Tak pasal2 kena saman. Haha~ Macam mana nak jaga semua ni? Baca je balik entry sendiri dari mula sampai habis. Kalau anda rasa okay, baru post.


Jangan tulis ikut emosi, ikut lah hati dan akal!

Tiada ulasan: