Dramatari di Taman Budaya, Terengganu

Pada 19 hari bulan Februari 2011 yang lepas, aku dan 2 orang kawan aku dari kelab kebudayaan kampus aku menjadi batu loncatan untuk pementasan Dramatari di Taman Budaya, Terengganu. Pementasan tu sepatutnya terdiri dari mereka2 yang dari ahli kelab kebudayaan UiTM Dungun, tapi beberapa orang tak dapat hadir. Jadi, kami bertiga (termasuk aku) terlibat sama. Tapi asalnya aku tak terlibat pun. Ni semua pasal ada budak yang sepatutnya pergi tak dapat pergi. Ish~ Aku ni dah lah lambat pick-up dan aku gila2 senang hilang fokus. Risau aku!

Apa yang mengejutkan lagi adalah kami tahu 3hari sebelum pementasan. Gila tak gila? Kami dah lah tak tahu step apa2, tiba2 je kena sertai pementasan tu! Malam Khamis tu practice sampai ketar lutut aku, esoknya pula ada lagi seharian! Kami ni dah lah first time naik pentas besar macam ni (tak lah besar sangat). Adui~ Tak menyempat2 nak tengok handphone aku. Kesian si dia~

Masa hari sabtu tu, kami semua ada last rehearsal dan kena make-up! Gila lah! Tak pernah2 aku make-up tiba2 kena make-up. Rasa muka aku bagai di Photoshop secara real!! Siap lips gloss ke apa ntah letak kat bibir, lepas tu ada celak lagi. Hoho~ Nak tengok gambar tak? Meh aku tunjuk sikit mana yang aku dapat. Nanti aku update tambah gambar masa show:

raja berjiwa rakyat

Aku dan rakan aku pegang watak orang kampung dan yang tengah tu Raja nya. Berjiwa rakyat tak Raja tu? Haha~

mereka

Berbaju merah tu adalah pemain muzik Gamelan manakala yang biru dan ungu tu adalah mereka yang memegang watak dayang. Nampak tak yang baju kuning di belakang tu? Itu lah permaisurinya.

rakyat dan dayang2

Ni gambar lepas persembahan. Orang kampung bersama Dayang dan yang baju coat hitam tu adalah kru. Dia tak main atas pentas, tapi belakang pentas.

mereka2 yg terlibat

Ni lah muka mereka2 yang terlibat (ada 1 orang yang sebok) dalam pementasan Dramatari tu. Tabik lah dengan mereka. Semua ni student lagi ni. Cool kan? Impian aku tercapai jua. Terima kasih sebab memberi peluang.

 

P/s: Lepas pementasan ni, ada VIP naik dan salam dengan kami2 sampai kat aku dia kata aku comel! Haha~ terbangga aku kejap masa tu. Comel ke aku? (sambil buat tangan macam Usop: HKLBR)

Tiada ulasan: