Tips penulisan Blog

Photo1769

Assalamualaikum, kepada rakan2 blogger sekalian. Terima kasih sekali lagi kerana sering hadir memeriahkan blog aku ni. Ni adalah satu2 nya blog aku yang bertahan dan di kunjungi ramai. Tampa anda yang hadir, aku tak terus menulis blog ni.

Jadi apa kali ni aku nak kongsi dengan anda semua? Hmm~ Setelah meneliti di celah2an akal aku, aku masih tak dapat keluarkan idea.


Haha~ Jadi aku berblogwalking kejap. Tu salah satu cara nak dapatkan idea. Tapi bukan dengan cara meniru ye apa lagi copy paste bulat2. Perkara tu adalah perkara yang paling dibenci oleh para blogger dan sesiapa saja. Okay, kita pergi ke dunia realiti sebentar. Apa anda rasa jika apa yang anda buat ada orang lain ikut bulat2. Contoh: Anda ambil nasi putih, dia ambil nasi putih, bila anda letak balik nasi putih dia pun sama. Sumpah sakit hati kan? Teringat aku macam siri cerita Mr. Bean. Haha~ Yang dia tiru tu. Annoying gila! So macam tu lah rasanya bila ada yang copy article kita atau entry kita.

Photo1770Waktu berblogwalking untuk mencari idea, jangan lah cuma baca tajuknya sahaja. Sebab tajuk tu belum menceritakan segalanya lagi. Tapi ada juga lah blogger ni tulis tajuk entry yang boleh dikatakan menceritakan segalanya. Tajuk tu seboleh2nya cuma ada beberapa perkataan je. Cuba cari tajuk terbaik yang anda rasa mampu menarik orang baca entry. Jangan terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Aku rasa tu mudah je tu. Hehe~ Tapi aku rasa aku sendiri pun belum pandai bab ni. Huhu~

Lepas buat tajuk, anda boleh lah tuliskan entry. Dari yang aku pernah baca, mata kita selesa membaca dalam apabila satu perenggan ada 11-13 ayat di setiap baris. Kalau anda tanya kenapa, aku tak berapa reti nak jawab sebab apa yang tahu ianya ada kaitan dengan ilusi optik kita. Hehe~ Aku pun tak faham sangat, tapi memang betul pun. Lagi satu saiz font hendaklah di antara 11 hingga 13 dan menggunakan font jenis San Serif. Kalau guna yang fancy2 ni nanti orang pening dan tidak friendly-user! Buatlah blog yang sangat2 mesra pengguna agar mudah untuk pengunjung blog anda mencari dan buat apa2 yang dia nak. Minimakan kepayahan pengguna ye.

Selepas siap tulis entry, seboleh2nya baca semula apa yang telah anda tulis. Ini adalah untuk meminimakan kesalahan pada penulisan anda. Manalah tahukan salah taip ke apa ke atau ada ayat yang seperti melampau sangat ke macam tu. Jangan sampai tersentuh sensitiviti pula ye.

Happy Blogging!

P/s : Adoi! Bahana tak reti basuh baju, luntur warna baju aku. Huhu~ Tengok ni!

Photo1756

1 ulasan:

Hafiza Hafinas berkata...

ok2... tengkiu for the info.. boleh praktik ni...