Bukit lawan graviti.

Bukit lawan graviti? Macam mana agak2nya ye. Haha~ Jangan lah membayangkan macam lawan gusti tu. Dari kata lain, benda ini bermaksud bukit magnetik. Pada teorinya kalau naik bukit mesti berat kan? Tapi bukit magnetik ni lain dimana ada tarikan magnet ke atas bukit. Ini membuatkan kita tercenderung bergerak ke atas bukit berbanding jatuh ke bawah. Faham ke ni? Huhu~

Cerita ni macam cool je kan? Tapi lepas aku search beberapa video. Agak susah nak nampak sebab kebanyakkan video adalah amatur dan tak nampak lah macam cerun bukit. Tapi apa yang aku lihat, kereta bergerak sendiri tampa di tekan pedalnya. Bergerak laju kedepan. Aneh kan?

Ini adalah contoh di negara India dimana terletaknya sebuah bukit magnetik. Katanya mampu menarik kereta naik keatas bukit dengan lajunya. Tapi tak lah laju gila sampai tak mampu nak kejar. Cuma gerakannya seperti di tolak oleh 3orang macam tu lah. Dengarnya jika kapal terbang atau helikopter lalu kawasan ni akan terasa satu tarikan yang kuat membuatkan pesawat sukar dikawal. Jadi juruterbang dinasihati membawa pada ketinggian dan kelajuan tertentu.

Tapi, bukan di situ je ada bukit bermagnet ni. Ada lagi beberapa tempat di dunia ni. Dari pemahaman aku lah. Sebab aku pernah tahucerita ni di TV dan buku dulu tapi bukan India. Ia sebuah negara Eropah kalau tak salah aku. Aku pun dah tak berapa nak ingat dah. Apa2 pun still tak tahu punca perkara ni berlaku. Kenapa nak ada tarikan keatas bukit pula kan? Allah je yang tahu~

Namun begitu, ada juga sebilangan mereka mendakwa bukit magnetik ni tak benar pun. Ianya cuma satu permainan optik je. Eh~ Macam mana pula tu? Dari catitan yang menyangkal perkara ni mengatakan ia bukan sebenarnya cerun bukit yang menaik sebaliknya menurun. Disebabkan optik mata kita melihat ia seperti menaik disebabkan persekitaran menyebabkan kita rasa perkara yang berbeza. Pening dahkan?

Apa2 pun, semua kejadian Allah ada sebab musababnya. Bukan macam kita yang buat sesuatu dengan mem’lembu’ gila je. Memang kadan2 ada perkara di dunia ni yang sukar dirungkai oleh fikiran logik kita. Oleh demikian, terus2lah berfikir.

P/s : Aku suka main dengan magnet masa kecik2 dulu. Letak bawah meja then tarik benda besi kat atas meja. Macam magik je rasanya kan? Haha~

1 ulasan:

EmanCloud berkata...

nice info beb. nak turun susah naek senang hhe eh ape lagi wordpress lag bro! hahah