Suai kenal BLOGGER BARU : Edisi Februari ..

Ye~ Bro Ben datang lagi dengan segmen baru untuk bulan Februari ini! Aku terkilan sebenarnya tak dapat pergi gathering Sahabat Blogger sebab aku ada di Kampus tak balik. Huhu~ Kalau tak, aku mesti dapat jumpa bro Ben. Tak apalah, lepas ni mesti ada lagi kan?

Okay, blik ke segmen ni. Ianya untuk proses pengenalan blogger baru. Aku? Aku kira blogger baru lah kan? Aku mula blogging masa bulan 11 yang lepas. Tak caya, tengok entry first aku yang bertarikh 07/11/10. Huhu~ Untuk menyertai segmen ni, aku kena ikut syarat2:

  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG

  2. Tajuk : ikut yang atas tu dan linkkan ke entri di blog ben ...

  3. Beri pendapat anda mengenai laman web ini : WWW.1TUBE.MY

  4. Berikan pendapat anda : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA .... tidak kurang dari 100 patah perkataan ..

Jadi aku mulakan dengan yang #3 iaitu laman kongsian video 1tube.my. Pernah dengar tak anda semua tentang ni? Aku dah pun gunakan 1tube.my ni dalam entry aku yang lepas. Bagi aku ia satu usaha yang bagus dan memberansangkan. Tapi tiada identiti sendiri. Terlalu ikut YouTube. Dari pengalaman dan pengamatan aku, web site yang ada ala2 website lain ni susah nak berjaya contohnya MillatFacebook, MyFriend2u, dan lain2. Sebabnya perlukan identiti sendiri. Aku kata macam ni bukan bermaksud aku tak support. Aku sangat2 sokong projek 1tube.my ni. Sebab tu aku memberikan pandangan yang boleh membina. Konsep yang sama tak salah, tapi kena ada identiti sendiri. Contohnya macam interface. Tapi apa2 pun aku salute juga lah sebab mereka berjaya buat site macam tu! Cool dan teramat cool! Haha~ Teruskan berusaha! (Logo boleh cantikkan lagi tak? Hehe~)

1tube

Seterusnya, kena lengkapkan ayat DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA… kemeriahan kemunculan blogger2 yang boleh dikatakan tumbuh bagai cendawam. Walau pelbagai ragam mereka, namun ini dapat di atasi dengan nasihat2 dari para blogger yang lebih dahulu. Dari situ perlahan2 mereka yang baru merangkak untuk bangun berdiri setaraf blogger2 lama. Dan situasi ini akan bersilih ganti dari tiap generasi berganti generasi.

Blogger2 ini amat penting kerana ia mencerminkan negara kita ni. Mereka menyampaikan mesej lebih cepat dari media dan kadang2 lebih tepat dari media. Ada juga berita dari blogger ni yang media tak siarkan pun dan tak tahu pun. Ini adalah salah satu kelebihan dunia blog ini.

Blog juga biasanya di kaitkan dengan dalaman sesorang kerana sesorang di blog biasanya tidak sama ketika di dunia nyata. Kerana mereka2 rasa bila menulis, diri mereka lebih terbuka dan berhasil mengeluarkan idea2 yang menarik berbanding bila berkata2. Keyakinan manusia berbeza waktu menulis dan berhadapan dengan sesorang. Dengan ini kita akan lebih mengenali sesorang kerana kita mengenali mereka melalui dalaman mereka sebelum menjumpai mereka.

Dari segi perhubungan antara blogger aku rasa lebih erat dengan wujudnya grup2 di Facebook. Grup2 ni mengembang pesatkan lagi blog seseorang ke satu level yang baru disamping mengeratkan sesama blogger. Jadi kurangnya perbalahan antara blogger. Dengan ini aku berharap dunia blogger terus pesat membangun ke arah wawasan 2020!

P/s : Agak2 berapa jumlah sebenar blogger di Malaysia ye?

Tiada ulasan: