Aku di kampus.

Photo1774Aku dah pernah bagitahu kan pada anda2 yang aku jaga di MEDEC kampus aku? Sumpah bosan gila sebab tak ada ramai pelanggan. Cuma ada waktu2nya je sampai tak cukup tangan. Tambahan dengan kepala aku yang lambat kira2 math ni. Haha~ Barang dah lah pelbagai harga, siap dengan beli sekali satu bundle! Pening kepala aku walau ada kalkulator depan mata aku. Hoho~ Aku bukan apa, cuma risau shot duit je. Dah lah tak reti kira. Semalam dah ada shot duit, tapi nasib baik bukan dari aku.

Photo1780Kedainya kecik je pun, tapi hasil jualan ratus2. Eh~ Standard ke macam tu? Tapi di MEDEC ni ada 3 kedai kecik. Satu kedai Art Shop, satu kedai printing2, dan satu lagi kedai runcit2. Kedai runcit tu mendominasi ruang MEDEC ni sebab banyak sangat barang nak jual. Aku selalu beli KitKat kegemaran aku je kat kedai tu. Hehe~

MEDEC ni memang menjadi tumpuan Photo1778juga lah kat kampus aku ni selain dari kafe. Tapi kedai aku juga yang tak ada orang. Kenapa? Sebab aku ni Art Shop. Spesifik untuk student Art n Design je. Jadi barangannya tak semua orang nak beli. Hoho~ Budak2 AD ni pula bukan rajin nak membeli, sebab mereka suka beli sekali banyak camtu. Jadi adalah dalam sebulan sekali je datang kedai. Hoho~ Sunyi je kedai aku, yang meriuhkan cuma bunyi lagu aku je lah.

Tapi bila ramai sangat yang datang ke kedai ni, aku pula yang pening kepala. Aku tak reti handle ramai2 ni. Lagi nak kira duit. Huhu~ Memang aku ada pengalaman promoter jualan, tapi masa tu tak pegang duit pun. Aku pegang borang register je. Tapi kali ni kena jaga kedai, kira duit. Adui~ Serabut2. Aku tak reti kira duit ni. Baik duit orang atau duit aku. Macam budak kecik je aku ni; budak kecik pun tahu nak urus duit~

Photo1777

P/s : Aku kat MEDEC ni macam lebih elakkan ada jualan sebab aku tak reti pegang duit. T_____T Sorry sebab aku buat entry personal. Ni gara2 kebosanan melampau!

Tiada ulasan: