Orang buat tutorial, dia pun nak buat tutorial?! Apa kes?!

Kadang2 aku tak faham lah sesetengah umat manusia yang ni. Tak boleh ke tengok orang lain lebih sikit? Satu dunia ni semua macam tu. Kalau ada je orang lain lebih sikit mula nak rasa iri hati. Kalau setakat iri hati yang positif tak apa lah. Tapi ada golongan manusia yang iri hati negatif tu yang tak best. Dah iri hati boleh pula pergi kecoh2 kata si polan ni salah lah apa lah. Di samping mendownkan orang lain, si pengiri hati tu juga menumpang populariti orang yang dia kutuk. Betul tak? Haha~ Nama pun manusia kan?

Balik pada tajuk asal entry ni yang kontroversi je bunyinya. Soalan ni di ajukan kepada aku sebenarnya oleh seorang kawan aku di kampus, tapi bukan lah nada marah atau cemuh. Cuma bergurau, jadi aku tak kisah sangat. Sikit sentap adalah. Hehe~ No problemo!

errr


Jadi apakah jawapan aku? Okay, sebenarnya aku buat tutorial sebab ada orang minta. Aku bukan suka2 hati nak buat tutorial ni. Yela, aku bukan hebat sangat. Aku sendiri cari tutorial orang. Secara jujurnya, aku tak reti nak buat tutorial macam mana. (Agak2 ada tak tutorial untuk buat tutorial?) Jadi aku buat ikut cara aku. Alhamdulillah, orang yang datang tengok tu faham. Ada juga 2-3 orang tanya balik tapi tak ada berkenaan dengan kesilapan aku.

Cuma baru2 ni ada satu entry aku tentang tutorial untuk lukis kartun. Aku dah pindahkan ke Draft sebab ada seorang rakan blogger ni cakap entry tu tak lengkap sebab aku tak tunjuk cara nak lukis pun. Haha~ Memang ye pun aKu tak ada letak pon cara nya. Jadi aku akan ubah kemudian. Terima kasih kepada Newbie yang tak letak link dan nama di ruang komen.

Tapi aku tak suka orang komen aku tapi tutup muka. Adoi lah~ Segan apanya pulakan? Hoho~ Tak kisah lah, yang penting komen dia membantu (walaupun dalam Bi).


Kepada anda2 yang nak buat tutorial ke apa ke, buat je. Jangan pula rasa macam rendah diri. Memang kita ni tak bagus mana nak ajar orang tapi sekurang2nya kita tunjukkan sesuatu yang kita tahu. Tapi please! Jangan copy and paste. Coding tu maybe anda copy paste juga kan, tapi tolong buat versi anda sendiri eh. Baru COOL~!

Blog anda, ikut suka anda lah~

xxxvc

Tiada ulasan: