Batu perliharaan…?!

Apa ke jadahnya tajuk entry ni? Batu perliharaan? Kenapa nak perlihara batu pula? Haha~ Ni lah yang aku nak cerita kat anda2 yang mengunjungi ke blog D’Antara sembil9n Akal ni. Betapa tak bijaknya orang barat ni. Kenapa kah nak bela benda tak ada nyawa? Kan banyak lagi spesis haiwan dalam dunia ni yang boleh dibela. Nak tahu berita dari aku selanjutnya? Tekan bawah ni ye?


Ini adalah idea gila seorang mamat yang duduk di California pada tahun 1975. Dia ni bernama Gary Dahl. Dia mendapat idea ni semasa duduk kat Bar dan terdengar rakannya komplen tentang haiwan perliharaannya. Biasalahkan, haiwan ni benda hidup mesti banyak kerenah. Selepas dengar kawan2nya dengar komplen dia memikirkan apa benda yang mudah dijaga? Dengan tak bijak nya dia, dia mendapat idea untuk membela BATU!! (What the…?!) Alasan dia adalah kerana tak perlunya penjagaan seperti haiwan perliharaan; nak mandikan, bagi makan, sakit, dan mati. Ayyo~ Aku tak paham lah!

Apa yang lebih gila? Dari yang asalnya kawan2 Gary Dahl ni gelak2kan dia benda ni jadi popular! Si Gary Dahl ni lepas dapat idea je terus balik dan rangka2 untuk idea ni. Dia siap tulis buku panduan untuk jaga lagi! Bertambah tak faham aku bila pada musim krismas, penjualan batu ni meningkat dan membuatkan Gary Dahl ni kaya. Apa yang aku tak tahan adalah batu tu batu kelabu biasa je di packkan dalam kotak yang berlubang2 konon untuk pengudaraan. Lepas tu siap ada jerami2 pula tu konon untuk keselesaan batu tu. Adui~ Nasib baik penjualannya dah di hentikan. Sekarang kalau nak beli cuma boleh dapat kat eBay je.

Benda tu tak hidup pun nak dibela. Boleh ke kita nak bermanja2 benda yang tak ada respon? Batu2 macam ni, atok aku buat baling kera je kat kebun. Haha~


Batu

Tapi cakap pasal batu kan, aku teringat kisah Sailing Rock atau bahasa Melayunya Batu berlayar. Batu2 ni secara misterinya boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain secara rawak! Tak, batu2 ni bukan benda hidup dan tak ada kaki. Ini adalah satu fenomena alam yang masih menjadi tanda tanya oleh para saintis! Sebab batu2 tu bergerak tampa bantuan dari daya tolak haiwan, angin, mahu pun condong ke apa2. Fenomena aneh yang berlaku di Racetrack Playa, Death Valley ni menjadikan banyak pengkaji2 hairan dan garu kepala. Sebab batu tu bergerak dalam corak yang rawak. Jadi ia tiada punca tarikan yang boleh diberi sebagai alasan batu itu bergerak. So! Allah je yang tahu.

P/s: Aku rasa nak bela ikan laga lah~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahahaha...x pernah2 aku tgk org bela batu....ha3.rase cam lawak.nice entry

izzatiRosli berkata...

pelik2 je la org putih nie. huhu komik tu mmg lawak. haha