Pakcik nak tanam sayur tepi jalan.

tanaman-sayurHai kawan2, terima kasih kerana berkunjung. Aku tak nak bagitahu idea seorang pakcik tua yang komplen dengan majlis perbandaran. Bila difikir2 balik ada betulnya apa yang dikatakan oleh si tua tu. Dia beri cadangan supaya majlis perbandaran gantikan pokok2 hiasan tepi jalan tu dengan sayur2an. Haha~ Alasan dia adalah kerana majlis perbandaran kerap tukar2 pokok hiasan tepi jalan tu. Menurut dia, habis duit rakyat je sebab asyik tukar2 pokok. Jadi bila pokok hiasan digantikan dengan pokok sayuran, boleh lah rakyat petik. Jadi duit rakyat tu roll kat situ2 je. Haha~

cxv

Idea pakcik tu bagus memang bagus, sebab boleh menyenangkan rakyat. Tapi, kalau betul buat macam tu nanti habislah rezeki perniaga2 di pasar. Sebab semua orang petik je sayur2 di tepi jalan dan tak ada lagi yang pergi beli kat pasar.

Selain tu, kalau dah tak ada yang nak beli di pasar maka permintaan dah tak ada untuk sayuran. Jadi petani pun tak boleh cari makan. Maka tak ada lagi kebun2 sebab merata2 ada sayuran kat tepi jalan dan anda boleh nak ambil ikut suka je.

Mungkin akan berlaku keracunan juga lah. Sebab kenderaan keluarkan asap yang ntah apa2. Tanaman pula tepi jalan menggantikan pokok hiasan. Sah2 lah melekat benda2 yang bukan2 kat sayuran tu. Adui~

Haha~ Tapi ni pandangan personal aku je. Aku pun tak tahu kenapa tak mahu tanam sayur je. Tanam bunga2 tu kadang2 jadi sampah je daun2 yang gugur. Kalau nak betul2 tanam pokok hiasan tu, harap tolonglah sentiasa dijaga. Takkan kami pula yang nak siramkan pokok2 tu kan? Kami dah bayar cukai kira okay lah tu.

P/s : Aku dah kena bayar cukai ke belum ye?

Tiada ulasan: