Tips mencantikkan blog.

Aku pasti ramai yang mengimpikan blog yang cantik, kemas dan comel. Tapi kebanyakkan anda dah cuba tapi masih tak berpuas hati kan? (Ada juga yang tak cuba pun) Ada yang aku tengok dah cuba untuk mencantikkan blog kononnya, last2 hasilnya “ayyo~!” menyeksakan. Biasa dah tu kan? Ada juga di antara anda yang cuba cari di google template2 yang sedia ada dan download kan? Lepas tu apply kat blog dan berpuas hati. Then, tengah seronok BW…terjumpa blog lain yang guna template sama SEBIJIK! Hampa je. Hoho~

Aku tahu, pelbagai dah pengalaman yang anda lalui untuk mendapatkan blog yang disenangi hati sendiri dan orang lain kan? Yela, kan nak blog ni adalah sebahagian identiti diri kita kan? Jadi, dah pasti anda sebolehnya nak blog yang lain dari blogger lain~ Ni yang aku sikit2 nak ajar cara nya untuk berdasarkan cara aku. Kalau tak suka, sorry ye. Ni cara aku, mungkin anda ada cara lain. Sebelum tu, mari kita layan video ni.

Terima lah kelainan orang lain! Jangan tahu nak jatuhkan je ye.

Kalau anda pengikut setia blog ni (ada ke?), anda mesti tahu yang aku suka main dengan warna2 untuk template blog ni. Ada juga yang tanya aku macam mana aku hasilkan blog yang cute? (cute ke?) Sebenarnya tak lah kiut pon blog aku ni, semua bergantung pada warna dan susunan je. Jadi anda perlu tahu main dengan warna je.

Macam mana nak main dengan warna?

Okay, aku tahu mesti ada yang tanya aku cara nak main dengan warna. Yela, ni bukan watercolour nak main2 campur warna kan? Hehe~ Sebenarnya dalam komputer ke kat watercolour ke, sama je. Warna is warna lah kan? Mula2 anda kena tahu warna dan susunan kelas2 warna tu. Ha~ Warna pun ada kelas taw. Ni aku tunjuk contoh:

color-wheel

Itu adalah color-wheel. Mungkin ada antara anda tahu apa tu warna kontra dan apa2 lah. Untuk blog, sebolehnya gunakan warna yang redup, sejuk dan nyaman untuk dipandang. Sebab blog untuk dibaca. Mata kita ni tak tahan dengan warna yang terlalu pelbagai. Sebolehnya gunakan warna yang sealiran. Maksudnya jika tema blog anda hijau, maka yang lain2 gunakan warna yang ala2 kehijauan. Untuk tulisan post, gunakan warna yang sesuai dengan background supaya boleh dibaca dengan mudah. Jika anda mahu highligh sesuatu perkataan, jangan sekadar bold tulisan itu, tetapi gunakan warna yang agak kontra tapi tidak striking dengan warna background. Ini adalah bertujuan untuk pembaca, mengambil lebih tumpuan pada perkara yang anda highlighkan.

Memang semua ni ambil masa untuk diubah dan sempurna. Tetapi perkara yang memakan masa tu akan mencapai kesempurnaan. Bersabar!

Okay, setakat ni je dulu yang aku leh sampaikan. Ni pun macam sukar je nak diterangkan. Huhu~ Maaf lah ye, aku cuba sedaya upaya untuk anda happy dengan blog anda! Ada sebarang pertanyaan atau penambahan, silalah letak diruang komen ye.

P/s : Macam pening lah pula dengan ayat aku ni. Haha~ Moga ada perkara yang anda boleh take note lah ye.

Tiada ulasan: