Sebelum apa2, dah baca ke entry yang lepas tentang cik anon tu? Entry kali ni sangat2 tak ada kena mengena dengan entry tu. Hehe~ Saja je nak suruh tengok entry yang lepas. Sebab entry kali ni tentang duit syiling. Siapa suka simpan duit syiling? Sila angkat tangan macam Usop! Haha~ Aku rasa ada juga kot yang angkat tangan walau aku tak nampak. Bestkan kumpul duit syiling? Agak2 apa ye yang anda buat dengan duit2 syiling tu? Aku pun suka simpan duit syiling sampai kadang2 dah sepah2. Haha~ Macam hina je duit syiling.
Tapi hina2 duit syiling ni, bila kita tak ada duit atau senang kata kekeringan duit dalam poket. Sah2 kita guna juga duit syiling ni kan? Haha~ Duit syiling ni walau nampak nilainya kecik tapi bila kumpul banyak2 sampai juga RM10! Haha~
Aku pernah kekeringan duit di wallet mahupun di bank, tapi duit2 syiling ni lah yang menyelamatkan aku dari kematian kerana kebuluran. Haha~ Aku kumpulkan semula duit2 syiling yang merata2 di bilik aku. Bila kira2 cukup RM10! Dah boleh pergi makan kat kedai dah kan? Haha~ Siap boleh beli maggi dan roti lagi. Boleh lah buat bekalan seminggu macam tu. Tengok bertapa bagusnya kumpul duit syiling. Jadi! Simpanlah duit syiling!
P/s : Okay, bila duit tengah penuh kat wallet, syiling tu still sepah2. Ish3~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan