Selama beberapa bulan aku menjadi blogger ni, dah banyak aku nampak ragam si blogger ni. Memang pelbagai betul. Yang itu…yang ini. Huhu~ Lagi2 bila dalam group Blogger di Facebook. Aku bukan la nak kata aku bagus sangat. Tapi jika betul nak jadi blogger, berblogging lah dengan betul.
Aku ni bukan blogger otai pun nak bagi nasihat pada orang tapi banyak lah aku baca tips kan dari yang otai2 ni. Jangan itu…jangan ini. Jadi, mungkin aku nak sampaikan balik kot apa yang aku dah baca. Sharing is caring kan?
Budaya “Aku follow kau, kau follow aku…” ni aku rasa dah makin berleluasa dah. Aku tertanya, kenapa nak follower ramai? Apa seronoknya follower ramai? Adakah anda ramai follower bermaksud anda feymes atau popular? Jawapannya; tak ada yang seronoknya follower ramai dan tak akan jadikan kita popular pun dengan ramai follower. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya:
- Bila follower ramai maksudnya orang mengharapkan kualiti pada entry anda. Jadi anda kena beri informasi yang dikehendaki atau anda akan di cerca kerana follower ramai tapi tak ada kualiti. Maknanya ianya sia2. Kenapa nak diri di cerca?
- Follower ramai tak bermaksud anda popular sebabnya anda mereka follow anda tampa baca pun entry anda. Aku boleh jamin mereka tak ingat pun URL blog kita (melainkan dia rakan terdekat anda). Dan mereka tidak pun mengenali anda. Jadi popularkah anda bila tidak dikenali?
Jadi kenapa nak ramai follower? Anda silap dalam berblogging sebab sepatutnya bila anda ada blog bermaksud anda ada website sendiri. Jadi apa yang penting dalam website adalah TRAFFIC! Traffic adalah benda paling penting bila mempunyai blog. Ada traffic bermaksud ada pembaca. Tak ada traffic, maknanya tak ada pembaca. Nak lagi best kalau ada COMMENT. Hehe~ Komen tu kira macam satu pnghargaan lah untuk kita yang dah penat2 tulis entry. Sebab, bila kita buat sesuatu kita mesti mengharapkan feedback. Itu untuk perbaiki diri kita dan blog. Jangan fikir negatif bila ada yang bagi feedback buruk, okay?
Dan akhir kata dari aku, keep blogging! Don’t Spamming!
2 ulasan:
setuju dgn "aku minat aku follow bukan aku follow hang follow"!
dan aku suka org komen entry, berbanding mengejar shoutmix o cbox o what so eva
Catat Ulasan