Tiada Mood…?

Hari ni sangat2 lah aku tak ada mood nak buat apa2. Rasa tak ada semangat je. Aku pun tak pasti kenapa tiba2 tak ada mood. Adui~ Waku2 tak ada mood macam ni susah nak siapkan kerja. Siapa ada jalan penyelesaian tentang masalah ni? Bosan macam ni. Huhu~

Aku sendiri ada beberapa cara untuk atasi masalah tak ada mood ni. Aku rasa nak kongsi lah sikit dengan anda. Tu pun kalau anda sudi nak menerima perkongsian aku ni lah. Hehe~ Macam kerek je bunyi kan? Hehe~

Okay antara langkah yang boleh kita buat bila kita dalam ketiadaan mood ni; keluar berjalan2. Ye, keluar berjalan2 adalah satu terapi untuk mengatasi masalah tak ada mood ni. Sebenarnya tak ada mood ni ada kaitan dengan kebosanan atau kemurungang. Mungkin anda bukan sesorang yang suka berkongsi dengan orang lain, jadi ni antara perkara terbaik untuk kita atasi masalah tiada mood ni.

Selain itu, cuba bergaul dengan sesiapa yang boleh. Bertukar2 idea dan bersosial tu antara perkara terbaik juga untuk kita lakukan bila tiada mood. Jangan menyendiri atau erti kata lainnya bersendirian dan menjauhkan diri dari orang lain. Ini kerana nanti otak anda akan sentiasa mengeluarkan kata2 negatif kepada diri anda. Ia membuatkan diri anda makin murung. Jadi, pergi lah bergaul2. Jangan melampau batas dah lah ye.

Dari tadi asyik antara yang terbaik je, mana terbaiknya kan? Haha~ Paling baik adalah mendekatkan diri dengan Tuhan! Kalau kita dapat ubati penyakit rohani ni, gerenti segala hari2 kita akan tenang dan lancar. Kalau kita jauh maka gelap lah jalan kita. Ingat lah Tuhan sentiasa menyebelahi kita dan akan membantu hamba-Nya.

P/s : Sebenarnya aku yang tiada mood sekarang ni. Tapi aku tulis blog untuk meluahkan sesuatu. Blog ni perkara yang memuaskan perasaan dan hati aku. Seronokkan? Hehe~

1 ulasan:

kay aniza berkata...

Ha'ah. Blog merupakan salah satu tempat menghilangkan bosan. Kekadang blog juga tempat meluahkan perasaan- terapi diri.
Apabila bosan, seronok juga baca cerita / kisah kehidupan orang lain..