Tuan blog ni, Amiey kerap datang ke blog aku ni. Dia ni pula bukan kaki tinggal jejak di shoutbox tetapi di komen. Aku ucap terima kasih betul kat si Amiey ni, dan pengunjung2 yang lain yang juga kerap komen. Aku bukan pilih kasih sebab buat entry untuk si Amiey ni. Tapi dia ni kerap sangat hadapi masalah bila masuk ke blog aku. Anda pun samakah?
Aku tertanya juga, ramai ke yang hadapi masalah ketika nak masuk ke blog aku ni? Aku nak tahu supaya aku boleh buat pengubahsuaian.
Apa masalah yang si Amiey ni dapat? Oh~ Dia mula2 kata aku Follow dia, lepas tu tiba2 kata aku hilang dari kawan Follow dia. Tu aku tak kisah lah kadang2 bengong gak Google ni. Tapi dia juga kata dia tiba2 tak follow aku sedangkan dia dah. Tu masalah kedua. Masalah paling besar adalah, dia tak boleh komen kat blog aku. Adui gila sedih~
Aku gunakan intensedebate untuk ruang komen blog aku. Mungkin lah agak berat untuk pengguna2 internet yang agak slow. Maaf ye. Aku memang suka guna intensedebate ni sebab memudahkan aku nak reply apa semua, ada nottification di email aku dan email anda juga (jika anda letak).
Kepada anda2 yang mempunyai masalah yang sama, aku minta maaf banyak2. Jika ada masalah lain; sila kemukakan kepada aku ye. Terima kasih, aku akan readykan blog sebaik mungkin untuk anda.
2 ulasan:
setakat ni tak da masalah la...
ok je..ni bole komen ni
hahah
Catat Ulasan