Memaparkan catatan dengan label undi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label undi. Papar semua catatan

Perlukan undian?

Di suatu hari yang mendamaikan, angin bertiup sepoi2 bahasa...

Makhluk Hijau terpinga2 dengan rakan2nya yang sibuk memancing undi. Jadi apa lagi, kena lah bertanya. Aku pun nak tahu juga. Hehe~
Oh! Event mingguan "Tolong unndi untuk aku!!" rupanya. Aduhai~ 

Haha~ Ini adalah susulan dari event2 yang di postkan di Facebook yang kian di jemput oleh rakan2 semata2 untuk minta tolong kita undi dia dalam sesuatu pertandingan atau seumpama tu lah.

Kadang2 perkara ni mengundang kemarahan orang...eh~ kejap. Bukan 'kadang2' tapi sering kali mengundang kemarahan. 

Sebab ianya sangat2 MENJENGKELKAN! (annoying) betul tak? Dan kadang2 timbulkan pergaduhan je.

Bagi aku, memang betul jengkel dengan perkara macam ni sampai kadang2 malas nak tengok event tu sampai ada kawan2 yang lain adu yang mereka terlepas event sebenar yang lebih penting dari vote2 kejadah tu.

Tapi aku selalunya akan klik NO atau REMOVE je. Tapi aku akan tengok juga dulu apa yang dia suruh vote tu sampai macam terlalu penting. Aku akan vote jika dia layak untuk di undi dan jika tak layak, jangan harap lah. 

Tak kira kawan ke bukan. Hehe~ Sebab bila kita mempertandingkan sesuatu, biarlah kemenangan tu secara bersih dan ikhlas orang nak pilih kita sebagai pemenang. Sebelum minta orang undi, fikir semula: 

Layakkah kita memenanginya? Kenapa perlu orang undi kita untuk pertandingan tu? Adakah hanya untuk kemegahan diri bila menang nanti? 

Bila kita megah, maknanya kita riak. Bila datangnya riak, dah lain hukumnya. Huhu~ Aku tak pasti tentang tu. Siapa tahu, sila terangkan.

Oh! Satu lagi, kalau anda rasa tak nak undi sila jangan maki dia. Sebab dia cuma pancing undi. Jika nak tegur, sila berkata dengan positif. Kalau anda buat kesalahan, nak ke orang tegur anda dengan makian? NAFSU! 

+++++++++
T-shirt kini dibuka untuk tempahan!! Klik sini!

sembil9n nak cakap tentang Maharajalawak: Amir best!

Assalamualaikum, hai kawan2 aku yang singgah blog aku. Kenal Amir tak? Eh, bukan yang kawan anda tu. Ni Amir yang keluar TV tu!! Gempak weyh~! Haha~ Ni aku nak cakap sikit tentang Amir, Amir mana? Amir Raja Lawak! Seriously dia best! Aku tabik dengan dia! Banyak buat lawak. Hahaha~

Okay, aku tahu ramai yang tak suka diakan? Aku pun...tapi aku tak suka dia buat lawak bodoh tu. Sebab nampak dia seperti memperbodohkan dirinya je. Tapi apa2 pun aku tabik kat dia sebab dia still berani mencuba dan cuba dan cuba untuk menghiburkan orang! Tambahan dia sangat berani menunjukkan muka didepan orang untuk dicemuh, diherdik dan dimaki. Sangat berani mati ini Amir.

Dia yang menggunakan tagline "I'm sorry..." tu memang sangat sesuai sebenarnya. Sebab dia memang patut minta maaf sebab dia buat orang kan orang2 kita ni nampak kurang ajar dan tak menghormati orang. Wujudnya orang2 macam ni lebih membanyakkan manusia2 di Malaysia ni menunjukkan yang mereka tidak ada adap dalam berkata2 dan menkritik. Setuju?

Mengapa aku kata macam tu? Sebab lumrah manusia kan, kutuk dan maki orang pandai lah. Buatnya tak pun. Tak salah pun untuk mengkritik atau komen atau nak herdik sekali pun. Tapi bahasa kena elok. Cuba kena pada anda? Dah cermin diri ke belum? Jika anda ditempatnya? Kita mungkin boleh menyebutkan di sebelah yang positif tentang seseorang yang seperti Amir ni. Tak perlu lah sampai maki. Aduhai.

Dan aku ada pesanan untuk PENGUNDI-PENGUNDI AMIR di MAHARAJALAWAK! Silalah berhenti mengundi beliau. Tak kasihan ke pada si Amir di maki, di herdik, di caci, dan macam2 lagi. Dia tersingkir tak bermaksud kita tutup periuk nasi si Amir ni. Aku yakin ada je pengarah2 yang nak guna artis seperti Amir ni. Aku rasa dia boleh je nak berlakon. Even guaTV pun suruh kita hentikan undi si Amir sebab kasihan. Tolong ye, fikir2kan.