Mahu Jadi Blogger Juga.

Ini adalah April, dan dia sedang kebosanan di waktu cuti nya.
Satu hari, dia pergi ke rumah kawan baiknya, May. Ketika dia datang, kelihatan May sedang buat sesuatu.
Apakah tu agaknya? May kelihatan sangat2 menyukainya. Jadi, April pun datang dekat dan bertanya lah...
Oh...jadi rupanya May sedang berblogging.

Setelah beberapa ketika si April melihat si May berblogging membuatkan yang dia ikut teruja nak berblogging jadi dia pun pulang ke rumah dan mencuba sendiri.

Keterujaan mula menular dalam diri. Lagi2 bila dah kenal dengan blogger2 otai dan lihat pencapaian mereka dengan hanya berblogging dapat 'side-income'. Jadi April pun terus blog tentang pelbagai perkara yang dia lintas dalam kepalanya.

Sehingga satu hari, blog dia diserang oleh sekumpulan komen yang menusuk2 hati. Di tambah dengan keadaan blog dia. Maka dia ada terdetik "Blog aku tak cantik...".
Maka, dia pun mula rasa malas nak berblogging. Dan semua kembali seperti biasa. Bosan tampa buat apa2.



Inilah yang biasa aku tengok kat orang2 yang berblogging. Hehe~ Dulu pun aku macam tu sehingga lah munculnya blog ni yang aku cuba untuk serius. 

Tujuan untuk menyampaikan apa yang aku tahu dan pandangan aku sendiri. Memang seronok dapat berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada betul tak?

Tapi hati2, perkara yang terlalu personal akan menyebabkan kebanyakkan orang rasa kita sangat2 lemah dan malas untuk menginjungi blog kita apakan lagi membacanya. Kadang2 juga ia mendatangkan aib pada kita sendiri sebab tampa kita sedar perkara itu telah dibaca oleh sesetengah orang yang anda tak terfikir akan baca.

Lagi satu, jika ianya banyak sangat hal cinta-cintun lagi lah orang malas baca melainkan anda menyampaikannya seperti novel disertakan susunan ayat yang puitis dan mampu menggambarkan keindahan nya. Tapi malangnya TIDAK berlaku pada mereka2 yang sering tulis hal cinta mereka.

Apa2 pun, selamat berblogging!



+++++++++
P/s : Kepada sesiapa yang tak pasti bagaimana aku buat character2 doodle ni dan ada sikit2 ragu. Meh aku bagitahu bahawa aku lukis menggunakan Adobe Illustrator CS5 dan hanya menggunakan tetikus bewarna merah-hitam yang aku beli ketika belajar dulu. 

Ini adalah hasil idea aku sendiri ditokok tambah dari pemerhatian aku serta pengaruh lukisan2 yang aku lihat dan aku adaptasikan menjadi character2 ni. Aku bukan doodler, cuma aku malas lukis. Haha~

3 ulasan:

Abu Huzaifah berkata...

hoho... :).. illustrator ek... err.. aku pun cube blajar wat dlm illustrator 2... hikhik... doodle aku photoscape to photoshop.... :)

sy suka berblogging.. :)

Unknown berkata...

comey2 nye watak katun nih... ilham sendiri ke????

SitiSafiyyah berkata...

perghh smart la ko lukis. eh btw, aku penah rasa macam tu jugak. down bila tengok blog orang lain lg best. tapi pada aku lah kan, setiap blogger sebenarnya ada keistimewaan masing2. so gali gali gali! ^___^