Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan

Mahu Jadi Blogger Juga.

Ini adalah April, dan dia sedang kebosanan di waktu cuti nya.
Satu hari, dia pergi ke rumah kawan baiknya, May. Ketika dia datang, kelihatan May sedang buat sesuatu.
Apakah tu agaknya? May kelihatan sangat2 menyukainya. Jadi, April pun datang dekat dan bertanya lah...
Oh...jadi rupanya May sedang berblogging.

Setelah beberapa ketika si April melihat si May berblogging membuatkan yang dia ikut teruja nak berblogging jadi dia pun pulang ke rumah dan mencuba sendiri.

Keterujaan mula menular dalam diri. Lagi2 bila dah kenal dengan blogger2 otai dan lihat pencapaian mereka dengan hanya berblogging dapat 'side-income'. Jadi April pun terus blog tentang pelbagai perkara yang dia lintas dalam kepalanya.

Sehingga satu hari, blog dia diserang oleh sekumpulan komen yang menusuk2 hati. Di tambah dengan keadaan blog dia. Maka dia ada terdetik "Blog aku tak cantik...".
Maka, dia pun mula rasa malas nak berblogging. Dan semua kembali seperti biasa. Bosan tampa buat apa2.



Inilah yang biasa aku tengok kat orang2 yang berblogging. Hehe~ Dulu pun aku macam tu sehingga lah munculnya blog ni yang aku cuba untuk serius. 

Tujuan untuk menyampaikan apa yang aku tahu dan pandangan aku sendiri. Memang seronok dapat berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada betul tak?

Tapi hati2, perkara yang terlalu personal akan menyebabkan kebanyakkan orang rasa kita sangat2 lemah dan malas untuk menginjungi blog kita apakan lagi membacanya. Kadang2 juga ia mendatangkan aib pada kita sendiri sebab tampa kita sedar perkara itu telah dibaca oleh sesetengah orang yang anda tak terfikir akan baca.

Lagi satu, jika ianya banyak sangat hal cinta-cintun lagi lah orang malas baca melainkan anda menyampaikannya seperti novel disertakan susunan ayat yang puitis dan mampu menggambarkan keindahan nya. Tapi malangnya TIDAK berlaku pada mereka2 yang sering tulis hal cinta mereka.

Apa2 pun, selamat berblogging!



+++++++++
P/s : Kepada sesiapa yang tak pasti bagaimana aku buat character2 doodle ni dan ada sikit2 ragu. Meh aku bagitahu bahawa aku lukis menggunakan Adobe Illustrator CS5 dan hanya menggunakan tetikus bewarna merah-hitam yang aku beli ketika belajar dulu. 

Ini adalah hasil idea aku sendiri ditokok tambah dari pemerhatian aku serta pengaruh lukisan2 yang aku lihat dan aku adaptasikan menjadi character2 ni. Aku bukan doodler, cuma aku malas lukis. Haha~

Punca blogger tak update entry.

Ada sesetengah blogger otai mengatakan perlunya update blog sehari sekurang2nya sekali atau dua kali. Ada juga yang kata sampai perlu update 5kali! Sebenarnya, semua ni bergantung pada blogger tu sendiri. Ikut suka lah nak update berapa kali. Dan bergantung pada tujuan orang tu blogging juga. 

Tapi agaknya apa punca ye yang blogger2 ni tak update entry? Banyak faktor2 yang mendorong kekurangan blogger2 update entry.

Meluangkan masa dengan kawan2 serta kekasih hati. Seorang blogger yang betul2 blogger tidak akan menulis hal peribadi serta aktiviti harian mereka semata untuk update entry. Haha~

Sebok untuk mencuba benda baru kononnya. (batuk2 kuat) Haha~ Mula menonjolkan diri dalam bentuk vlog dan last2 blog kemana, vlog pun dah tak ada. Konon kecewa dek kerana tak dapat sambutan. 

Terlampau 'menghias' blog sampai tak tertanggung dek kelajuan broadband di Malaysia. Disebabkan terlampau 'cantik' blog tersebut tidak didatangi orang dan tak dapat sambutan buatkan hilang semangat nak update entry kerana dah tahu tak ada yang nak menjengah pun. Walau sesaat!

Haha~ Tu sebenarnya adalah sebilangan kecil je. Kebanyakkannya sekadar tak ada idea nak tulis apa je. Lagi2 blog yang bertema macam elektronik, politik, cinta, tips, keagamaan, fesyen dan lain2.

Blog2 bertema ni menyebabkan mereka kering idea apabila dah tak ada bahan nak story. Haha~ Nak kena selalu research dan buka mata dalam tema yang diperlukan.

Blog yang terlalu bebas pula buatkan orang tak tertarik nak singgah sebab ceritanya turun naik. Lagi2 yang cerita hal peribadi. Siapa yang nak tahu tentang diri kita? Artis kah kita ini? Hehe~ 

Lagi tak best bila ada yang bersikap seperti di entry: Ikut-ikut jadi ikutan.

Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru !

Ini adalah entry mengenai sokongan terhadap segmen rakan blogger ni. Jika tak minat nak baca ni boleh ke entry sebelum ni iaitu: Ikut-ikut jadi ikutan.

Tersebut adalah banner yang di peruntukan oleh blog www.masahmadsafwan.com dalam segmen beliau yang ingin memperkenalkan blogger2 baru. Aku tabik dengan budak ni sebab dia baru lagi dari aku dan gila2 cepat UP. Kadang2 rasa nak sekeh2 kepala dia sebab cepat sangat UP, tapi nak buat macam mana kan? Rezeki orang tak sama. 

Aku bukan sebenar2 nak join segmen ni sangat pun (poyo). Tapi aku sebenarnya nak menyokong tindakan beliau ni. Aku dari hari ke hari tengok makin bagus budak ni punya blog. Jadi aku sangat menyokong lah apa2 yang beliau buat kecuali ke arah kejahatan. 

Aku baru  blog dalam bulan 11 tahun lepas, tapi tak sampai2 tahap beliau. Orang kata aku tak peramah. Maaf lah, aku ni malas nak chat kat FB melainkan mustahak je. Dekat grup pun dah kurang, sebab sekarang dah menumpu pada sesuatu yang aku tak tahu apa. Lala~

Blog aku berkonsepkan asalnya sekadar pandangan melalui penulisan. Tapi sekarang aku nak buat banyak2 makhluk hijau ni. Sebab sekarang tengah practice2 untuk buat animation pendek. Serabut rupanya buat animasi ni ye. Macam manalah mereka buat Upin-Ipin agaknya.

Dan sekarang aku nak tag secara RANDOM je, iaitu:

Haha~ Aku tak kenal mereka, petik je kat shout aku tu.
Okay! Selamat berblogging!!

Ikut-ikut jadi ikutan.

Secara tiba2 ditegur oleh seseorang yang agak2 selekeh paras rupanya...
 Itu bukan jadi masalah, tetapi dia suruh aku mengikutnya.
 Aku menolaknya...
...dia membalas dengan mengatakan dia budak baru. 

Itulah yang biasanya blogger2 yang datang ke blog aku mengatakan supaya aku follow semula blog mereka. Maaf lah, aku tahu anda perlukan sokongan dari blogger2 lain.

Tapi apakah tujuan aku follow jika lepas tu aku jejak semula pun tak pernah blog anda? Jika benar aku suka blog anda, aku tak perlu follow pun aku akan kerap datang blog anda semata2 nak baca entry2 yang berinformasi.

Aku bukan nak menunjukkan kerek atau apa2, tapi aku sendiri pun baru menapak je dalam dunia ni. Follower? Bukan satu yang utama untuk dikejar dalam dunia blog. Aku nak reader.

Jadi, sudi2kanlah jadi reader blog aku ye. Tak mahu sekadar follow you, follow me back.

Dan jika anda mungkin nak meningkatkan lagi pembaca serta berkongsi2 pendapat dengan lain. Sudi2kan lah mengPING blog entry anda di Peminat Makhluk Hijau PING group!! Grup baru ni. Hehe~ 


Tutorial: Cara pasang comment Facebook di Blogspot

Ada di antara anda yang terfikir2 adakah mereka yang dibalas komennya akan membaca apa yang anda balas pada entry anda? Aku rasa rata2 mereka tidak pun melihatnya balik kerana terlupa akan entry tu. Jadi ada yang gunakan alternatif lain seperti Intense Debate, Disqus, CommentLuv, dan lain2 lah. Tapi kebanyakkannya memberatkan blog anda kan? Ye, aku tahu tu. Aku dah cuba semua tu. 

Sekarang, aku guna comment Facebook! Kenapa? Sebab majoriti blogger ada akaun Facebook. Apabila kita balas comment mereka, serta merta mereka akan dapat notification di Facebook mereka. Suka tak? Rasa nak pasang? Ni caranya: (sebelum apa2, sila buat Download Full Template dahulu!)

++++++++++++++++++++++++++++

1 - Seperti biasa, buka ke Design > Edit HTML. Tidak perlu tick pada 'Expand Widget' pun tak apa. Lepas tu, anda akan nampak macam yang aku warnakan ini:


2 - Tambahkan xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> dibawah selepas gml/expr' seperti ini:


3 - Kemudian dibawah perkataan <head> tu tambahkan kod:

<meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/>
<meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/>
<meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

seperti aku dalam gambar ni:


4 - Sekarang, anda perlu ke http://developers.facebook.com/setup untuk membuat aplikasi Facebook anda kalau belum. Kalau dah ada gunakan yang lama je. Dah register nanti akan keluar macam ni:


Benda2 yang aku highligh tu penting ye. Jangan buang lagi.

5 - Copy App ID anda tu dan letak dalam ruang biru di <meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/> tadi. (No.3) Jangan lupa isi kan juga yang sebelumnya <meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/> tu dengan nama atau tajuk blog anda. Lepas tu, isikan  <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. 

Mana nak dapat nombor Facebook? Caranya:
  • Buka Facebook anda.
  • Tekan Photo dan select mana2 Photo Album anda.
  • Copy nombor selepas titik di hujung link URL dan paste di ruang biru <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. YANG BELAKANG SAHAJA!
  • Contoh:

6 - Seterusnya, (ctrl+F) cari <data:post.body/> dan pastekan di bawahnya kod ini
<div id='fb-root'/>
&lt;script src=&#39;http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=id application facebook anda&amp;xfbml=1&#39;&gt;&lt;/script&gt;
<fb:comments expr:href='data:post.url' numposts='4'width='500'/>.

Seperti ini:
Seperti sebelum ini, gantikan perkataan yang di highlight biru itu dengan id application facebook anda dan nombor yang bewarna merah tu boleh di tukar2 ikut kehendak anda. 

Untuk numposts='4' bermaksud bilangan komen post yang terpampang. Dan width='500' adalah untuk saiz kelebaran ruangan komen itu. Laraskan ikut saiz blog post anda ye.

Selesai semua tu, klik Preview terlebih dahulu, kot2 ada error ke. Kalau tak ada, dan berpuas hati. Baru klik Save Template.

Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan di ruang komen ye. Atau Shoutkan je. Okay? 

Selamat Mencuba.