Cukup bagus ke nak jadi Tuhan?

Assalamualaikum, kepada pengunjung2 blog aku. Sekarang ni macam2 perkara yang berlaku. Dan manusia kian berani dari hari ke hari. Bukan saja pihak bukan Islam tapi pihak Islam pun dah berani mencabar kuasa Allah SWT. Astaghfirullah...

Tapi aku tak nak sentuh bab yang Islam tu, kang jadi isu lain pula. Aku nak cakap tentang satu game yang di buat oleh Ubisoft. Aku tak pasti dah keluar ke belum game ni. Tajuknya ; From Dust, dan ini adalah sedutan videonya. 


Ubisoft, ni memang suka buat game2 yang stylo macam ni. Dan From Dust ni bukan game pertama bercirikan 'menjadi Tuhan' sebab sebelum2 ni dah berlambak dah. Game macam ni biasanya kita menjadi 'Tuhan' yang mencipta dunia. Air terjun lah apalah bagai. Game jenis ini ada peminatnya tersendiri. Walau ramai yang tak sedar game ni boleh melanggar akidah.

Tapi dari sudut positifnya kita boleh ketahui betapa rendahnya kita untuk mencipta sesuatu yang SEMPURNA. Pada setiap game2 yang muncul akan ada kelemahan masing2. Lepas kelemahan dikenal pasti, sikual seterusnya dikeluarkan. Tapi masih ada kelemahan.

Walau ia boleh melanggar akidah, tapi harap pemain game2 seperti ini perlu tahu batas2nya ye. Aku tahu ia sekadar entertaiment. Tapi hiburan lah yang boleh menyesatkan kita tanpa sedar.

P/s : Dah besar dah kan? Boleh fikir sendiri.

2 ulasan:

Little_froggy berkata...

serius mmg bnyk.. mcm god of war, okami, DMC then bnyk lagi lah.. aku m,ain jea.. then tamat kat situ... kalau adek2 aku yg main.. mmg aku akan explain kat dieorg lah yang bnde tu sekadar hiburan.. mmg tak de lah terpengaruh sume2 tu.. :)

af sembilan berkata...

@Little_froggy tpi game cmni best gak weyh :D