Assalamualaikum kawan2, lama tunggu akal aku lagi? Maaf lah kurang update blog sejak dua menjak ni. Tak apa, aku cuba beri komitmen lagi ye untuk update blog. Sibuk dengan pembelajaran HTML untuk buat website. Susah juga rupanya. Boleh kena tumor otak camni. Haha~ Okay, sebenarnya aku nak cerita tentang tumor otak ni. Mungkin tak ramai yang tahu atau tahu tentang benda ni. Tapi penyakit ini agak biasa dikalangan kita kot untuk mendengarnya. Cuma berapa orang sangat yang cakna dengan perihal ni? Biasalah kan? Manusia seperti kita ni, bila tak kena pada diri sendiri tak adalah nak ambil peduli.
Anda tahu apa tu sebenarnya tumor otak? Aku pun kurang pasti. Tapi dari sumber yang aku peroleh; tumor otak ni merupakan satu ketumbuhan dalam otak yang terhasil dari sel2 otak. Hah?! Macam mana tu? Haha~ Aku pun tak pasti, jika anda pelajar medic ke apa, silalah bagitahu aku ye maksud sebenar.
Dari sumber yang terperoleh, tumor otak ni ada dua. Antara ia tumor yang kanser dan bukan kanser. Rasanya kalau yang bukan kanser ni kira okay lah dan boleh dibuang dengan pembedahan. Tapi kalau tak bedah tumor akan menjadi besar dan boleh mengancam nyawa!
Untuk tumor yang spesis kanser pula, ada kebarangkalian yang tinggi untuk kanser itu merebak ke bahagian lain dan menyebabkan kanser2 yang lain. Tapi menurut sumber, kes yang tumor kanser kat otak ni dikatakan jarang merebak ke bahagian2 luar sistem saraf pusat. Apa maksudnya? Ntah. Haha~ Aku tak ambil medic. Yang mengetahui...sila terangkan.
Okay, dibawah ni aku copy paste tanda2 kemungkinan anda ada tumor otak:
- Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.
- Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
- Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.
- Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:
- Loya dan muntah.
- Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
- Gangguan makan.
- Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
- Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).
- Kesukaran untuk berjalan.
- Keletihan dan terasa lemah badan.
- Peningkatan berat badan.
- Perubahan pada endokrin.
- Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:
- Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
- Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
- Gangguan percakapan.
- Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
- Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.
- Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)
- Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
- Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Kalau ada tanda2 berkenaan, silalah dapatkan pemeriksaan doktor ye. Jangan ngada2 nak suruh pakwa atau makwa yang periksakan. Tu dah jadi periksa lain dah. Bukan kat otak perginya...
Kenapa aku cerita mengenai tumor otak ni adalah kerana kawan Blogger aku sekarang ni sedang dalam perjalanan ke Melbourne untuk melakukan pembedahan susulan untuk pembuangan tumor otak beliau. Semoga Allah selamatkan pembedahan dan dapat lah kami bertemu lagi. Di bawah ni vlog yang aku buat khas untuk beliau. Nikmatinya:
2 ulasan:
Hope sy dapat
Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Catat Ulasan