Kecelaruan Minda

soryAku minta maaf kepada pengunjung2 blog aku yang sering berkunjung yang baru berkunjung atau mana2 lah. Aku minta maaf pada anda, anda, dan anda juga (dan anda yang duduk peluk bantal tu). Aku minta maaf sebab aku tak update apa2 entry dalam tempoh 2 hari, bukan kerana tak ada idea, bukan kesibukan kerja atau apa2. Cuma aku menghadapi kecelaruan minda. Mungkin ada yang tak faham, apa yang aku maksudkan dengan kecelaruan minda ni, mungkin ada yang faham atau juga mungkin ada yang macam “Hah?!”. Okay2, jangan terlalu garu2 sangat kepala tu, nanti botak pula.

Sebenarnya, ia lebih pada masalah dalam diri. Okay~ Aku akui, aku agak tak macho lah cerita hal peribadi kat blog. Ish~ Suka aku lah, kan blog aku. Aku bukan cerita kosong2 je, nak bagi informasi juga ni.

Aku rasa, ramai juga yang macam aku ni. Benda ni berlaku apabila masalah yang datang macam peluru mechine-gun! Susah nak tepis walau dengan kehebatan kung-fu Bruce Lee. Tapi perkara ni aku atasi dengan bergaul dengan rakan2 aku, dengan bukan kawan2 aku, dengan mak cik jual goreng pisang depan tu, kawan2 blogger, kawan2 bukan blogger…OKAY! AKu rasa aku mcam agak annoying lah pula.

Cara nak atasi paling bagus bila kita ada masalah dengan diri kita adalah senaraikan permasalahan kita. Dah senarai tu, jangan lah sekadar senarai. Ambil TINDAKAN! Jangan asyik kata “esok aku nak buat ni..” Jangan! Sebab, selagi anda kata esok, esok tu takkan sampai. Tetapkan tarikh atau senang tetapkan TARGET! (Benda ni pun susah gila bagi aku!)

Lagi satu, tolong lah dekatkan diri dengan yang Maha Satu! Allah tu sentiasa nak bantu hamba-Nya. Kita ni tak perlu lah malu2 nak minta dengan Allah, sebab Allah tahu kita buat salah atau perlukan pertolongan. Dia pun nak kita minta tolong dari-Nya. Ish~

Kalau anda kata manusia ni berbeza, memang secara zahir berbeza. Tapi ada perkara yang sama. Cara nak selesaikannya sama je. Apa yang bezakan kita cuma iman kita, akal kita, perbuatan kita. Itu baru lah sebenarnya kita.

P/s : Maaf juga sebab merapu. Aku sedang kecelaruan~

1 ulasan:

farazura berkata...

apa mksud mind disorder 2??