Vandalisma itu gila.


Assalamualaikum. Sesiapa pun yang menjengah ke blog aku, moga sejahtera hendaknya. Kali ni aku nak cerita mengenai vandalisma itu gila. Haha~ Kenapa lah tajuk aku pelik je ye? Memang pun vandalisma itu gila dan dilakukan oleh mereka yang gila. Vandalisma atau dalam kata yang lain aktiviti merosakkan harta benda awam. 

Aku tengok dah berlambak gila dah benda ni, kat ceruk2 mana2 pun ada. Serata Malaysia. Apa ke jadahnya tu? Kalau buat menambah cantikkan lagi tak ada masalah sangat seperti grafiti tu. Walau kita tak berapa nak faham apa yang di tulis dalam grafiti tu tapi sekurang2nya benda tu cantik.

Apa yang bagi aku vandalisma adalah adalah aktiviti tagging! Apa tu tagging? Haha~ sebenarnya sama je dengan grafiti ke apa ke jadah tu. Cuma di Malaysia, ia macam berbeza sikit.Sebab bila aktiviti tagging ni, lebih pada contengan yang merapu dan kadang2 lucah! tak faham betul aku dengan rakyat Malaysia ni lah. Kalau betul pun nak hasilkan seni. Cuba bagi gempak betul2?! Sebab ada tempat diluar negara yang ramai melakukan aktiviti tetapi menjadi satu tarikan orang ke tempat tu sebab ia sangat cantik! Yang penting jangan ada unsur kelucahan terlampau je.

Vandalisma juga tak menjurus pada contengan semata, juga pada kerosakan harta benda awam seperti telefon awam rosak, lampu pecah dan lain2. Apa lah kejadahnya mereka buat macam tu ye? Macam mana kalau tiba2 anda dalam kecemasan, tapi tak boleh nak gunakan benda2 awam yang telah dirosakkan tu? Tak ke namanya menyusahkan orang? Sangat cetek pemikiran mereka. Dari mereka menjahanamkan benda tu, lebih baiklah anda buat arca yang menarik dari bahan2 terbuang. Dapat juga duit. Apa lah! CETEK PERMIKIRAN! Sama macam mereka dalam video bawah ni.

1 ulasan:

Lydia Miza berkata...

sejak akak duk qatar ni..lum jmp lagi vandalisma kat toilet ke..jambatan ke.naper ye?hurmm kena kaji ni