Blogger pun dah pandai demand.

Assalamualaikum! Sebenarnya ni adalah balasan untuk entry abangzam yang bertajuk Melayu sekarang dah pandai demand dah. Tapi aku nak cerita dari konteks blogger lah ye. Yela, kan ada yang menyatakan aku ni 'artis blogger' kan (angkat tangan ke bahu, mata naik ke atas)? Mana datang artis pun aku tak tahu sedangkan traffic aku rendah kot! Aduhai...

Okay, balik ke blogger yang demand tadi tu. Aku tak menunding jari pada siapa2 pun sebab aku tak sebagus mana pun nak kutuk2 manusia2 lain ni. Lagi2 aku ni pun kategori 'budak baru' lagi. Dan aku juga nak khususkan ini pada budak baru lah. Hehe~


  1. Blogger demand 'I follow you, you follow me back...or i will unfollow you'.
    • Biasa tak dengan situasi ni? Aku dah biasa dah. Apa yang best sangat dengan ramai follower? Popular?? Cuba tanya balik mereka yang follow anda, kenal tak dengan blog anda? Cerita pasal apa. Kalau majoriti mereka boleh jawab baru lah anda popular!
  2. Blogger demand nak blogger famous balas comment mereka.
    • Yang ini pun biasa. Memang kadang2 macam terasa juga sebab comment orang lain dia balas, tapi comment kita tak dibalas. Just think positive okay. Balik ke no.1 tu. Fikir bila ramai follower dan dia betul2 dikenali. Tak cukup tangan nak jawab.
  3. Blogger demand nak template stylo je tak nak guna template designer.
    • Yang ini kurang biasa lah, cuma ada segelintir. Bagi mereka ni apa yang blogger bagi tu tak cantik, tak stylo, tak nampak hebat. Sebenarnya nak nampak hebat tak hebat bukan pada template atau senang cerita; rupa blog. Tapi pada isi blog tu, entrynya. Kisah yang nak cerita, cara penyampaian. 
  4. Blogger demand nak kutuk orang2 lain dan tak puas hati dengan orang lain.
    • Yang ni sebenarnya banyak juga bilangan nya. Tapi tak lah sering kita nampak. Apa orang buat ada je yang tak kena. Lepas tu mengadu kat orang. Aduhai... Kalau perasan aku pun sedang kutuk mereka2 yang lain juga kan? Hahaha~
Setakat ni itu je yang aku terfikir. Kalau ada nak tambah, silalah senaraikan. Aku saja2 je nak buat. Sebab aku sedar diri. Hahaha~

2 ulasan:

efa berkata...

terbaik entry ni like :) tp yg no 3 tu pon ada juga ka?huhu tak taw plak aku pasal tu haha follower tu tak penting pon,dari byk2 follower tu berapa kerat la sgt yg nk mai kan?

Unknown berkata...

@efa btul efa... yg no 3 tu ade lg weyh...aku tulis sbb ade..klw xd aq xckp. . .