Tutorial: Cara pasang comment Facebook di Blogspot

Ada di antara anda yang terfikir2 adakah mereka yang dibalas komennya akan membaca apa yang anda balas pada entry anda? Aku rasa rata2 mereka tidak pun melihatnya balik kerana terlupa akan entry tu. Jadi ada yang gunakan alternatif lain seperti Intense Debate, Disqus, CommentLuv, dan lain2 lah. Tapi kebanyakkannya memberatkan blog anda kan? Ye, aku tahu tu. Aku dah cuba semua tu. 

Sekarang, aku guna comment Facebook! Kenapa? Sebab majoriti blogger ada akaun Facebook. Apabila kita balas comment mereka, serta merta mereka akan dapat notification di Facebook mereka. Suka tak? Rasa nak pasang? Ni caranya: (sebelum apa2, sila buat Download Full Template dahulu!)

++++++++++++++++++++++++++++

1 - Seperti biasa, buka ke Design > Edit HTML. Tidak perlu tick pada 'Expand Widget' pun tak apa. Lepas tu, anda akan nampak macam yang aku warnakan ini:


2 - Tambahkan xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> dibawah selepas gml/expr' seperti ini:


3 - Kemudian dibawah perkataan <head> tu tambahkan kod:

<meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/>
<meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/>
<meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

seperti aku dalam gambar ni:


4 - Sekarang, anda perlu ke http://developers.facebook.com/setup untuk membuat aplikasi Facebook anda kalau belum. Kalau dah ada gunakan yang lama je. Dah register nanti akan keluar macam ni:


Benda2 yang aku highligh tu penting ye. Jangan buang lagi.

5 - Copy App ID anda tu dan letak dalam ruang biru di <meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/> tadi. (No.3) Jangan lupa isi kan juga yang sebelumnya <meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/> tu dengan nama atau tajuk blog anda. Lepas tu, isikan  <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

Mana nak dapat nombor Facebook? Caranya:
  • Buka Facebook anda.
  • Tekan Photo dan select mana2 Photo Album anda.
  • Copy nombor selepas titik di hujung link URL dan paste di ruang biru <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. YANG BELAKANG SAHAJA!
  • Contoh:

6 - Seterusnya, (ctrl+F) cari <data:post.body/> dan pastekan di bawahnya kod ini
<div id='fb-root'/>
&lt;script src=&#39;http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=id application facebook anda&amp;xfbml=1&#39;&gt;&lt;/script&gt;
<fb:comments expr:href='data:post.url' numposts='4'width='500'/>.

Seperti ini:
Seperti sebelum ini, gantikan perkataan yang di highlight biru itu dengan id application facebook anda dan nombor yang bewarna merah tu boleh di tukar2 ikut kehendak anda. 

Untuk numposts='4' bermaksud bilangan komen post yang terpampang. Dan width='500' adalah untuk saiz kelebaran ruangan komen itu. Laraskan ikut saiz blog post anda ye.

Selesai semua tu, klik Preview terlebih dahulu, kot2 ada error ke. Kalau tak ada, dan berpuas hati. Baru klik Save Template.

Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan di ruang komen ye. Atau Shoutkan je. Okay? 

Selamat Mencuba.

Tiada ulasan: