Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan

Ada satu blogger tu kan. . .


(klik gambar utk ke blog berkenaan)



Okay, sebelum si Makhluk Hijau ni melalut. Baik aku mencelah cepat. Hehe~ Sebenarnya, macam yang anda lihat tu. Si Aiman ni mempromotekan blog aku ni kat blog dia.

Aku terkesan benda ni bila tengok 'traffic resource' aku ade datang dari blog beliau. Jadi aku terjah lah. Tajuk tu macam berbaur negatif je....

Bukan gentar ke apa. Aku terima je pandangan baik buruk dari sesiapa. Sesiapa pun boleh kritik. Aku alu2kan. Hehe~ Tapi bila aku tengok sekali dia tak kritik lah pula. 

Apa2 pun terima kasih lah ye Aiman. Terus2kan lah dengan blog Apa Kata Aiman tu ye. Menarik dah tu~ tak tipu! Dulu aku pun mula macam tu. Tak percaya, sila check entry dulu2.

Apa2 pun, kepada yang lain. Sila lah pergi terjah blog Apa Kata Aiman ni. Mesti anda terkejut. Lagi2 dia ni suka sangat reveal blog orang. Mana tahu sangkut blog anda kan?

P/s: Ni entry di kala aku keletihan bekerja. Maaf jika macam tak bagus je ye. Tapi ni pernah jadi satu agenda aku dimana aku terfikir nak buat segmen khas untuk reveal blog orang lain yang aku rasa berpotensi. Hehe~ Tapi tunggu la aku larat.

Diantara blog, kawan dan cinta...

Inilah perkara yang merunsingkan aku beberapa ketika ni. Aku jadi bingung sekejap. 

Semua berkait dengan masa silam aku. Kadang2 betul kata Sepah; "Barang yang lepas jangan dikenang," tapi perlu juga kita kenang untuk merubah masa sekarang sekali dengan masa depan kita.

Blog adalah minat aku serta hobi aku. Kadang2 ia membuang masa, dan kadang2 manfaatnya ada. Bergantung pada apa yang terniat dalam hati. 

Tapi blog ini bagi aku macam kanvas yang perlu aku corakkan dan ekspresikan untuk meluahkan. 

Mungkin jika aku hidup di zaman Leanardo Da Vinci, aku boleh jadi seorang pelukis kot. (Hmm~ mungkin aku kena mula pegang kanvas balik ni)

Apa2 pun, aku tak mahu tinggalkan blog aku. Sebab blog ni kanvas aku. Aku suka bila dapat menyampaikan dan orang terhibur walau berapa kerat je. Terima kasih kepada yang menyokong aku! (kepada syg juga)

Kawan, adalah satu perkara yang penting dalam hidup aku. Walau boleh dikatakan tiada lagi kawan yang benar2 'kawan baik'. Tapi mereka amat penting sama seperti keluarga.

Jatuh bangunnya kita, mereka lah yang akan mendokong, membimbing, kita.

Walau bagaimanapun, ada juga kawan yang kita tak berapa perlukan dalam hidup ni. Sebagai contoh adalah kawan yang menjatuhkan kita, serta menikam belakang kita. 

Apa pun bentuk kawan kita itu, baik jahatnya dia. Mereka tetap kawan kita kadang2. Apa yang perlu kita terima adalah positif dari dia dan bukannya yang negatif. 

Cinta pula adalah sesuatu yang sangat2 aku perlukan dalam hidup aku. Selain, cinta pada Illahi dan keluarga; cinta pada seorang insan lain adalah yang aku perlukan. 

Kerana ia duduknya dalam hati. Apa2 yang datang dari hati kita adalah sesuatu yang merangsangkan semangat, tenaga, amarah, nafsu, serta kehendak. Kehadirannya membuatkan dari tidak mampu kepada mampu, dan begitulah sebaliknya.

Bagi aku, untuk menjaga cinta ni sangat sukar sebab diri aku yang kurangnya keyakinan dalam diri. Apa yang aku selalu lakukan adalah percaya yang ianya ada disitu.

+++++

Pada aku, ketiga2nya sangat2 penting dan duduk di dalam kategori yang lain. Apa yang sama adalah ketiga2nya perlukan komitmen pada diri aku sendiri. Kan? 

Entahlah...

Aku lebih berani memilih cinta aku. Sebab, dia boleh jadi "blog" aku, boleh jadi "kawan" aku, serta semestinya dia adalah cinta aku.

Namun begitu, aku masih takut jika apa2 pada diri aku ni belum cukup untuk apa2 pada dirinya.

Keliru...

.....

Menurut kawan aku, Ayie. Blog, kawan, dan cinta adalah berlainan. Apa yang aku perlu cari adalah apa yang datang dari diri sendiri. Bermaksud, tak kira apa pun yang berlaku pada aku ni jangan kita tunding jari pada itu, ini atau pun situ, sini. Sebab semuanya berpunca dari diri kita sendiri.

Baik buruk yang berlaku dalam hidup aku ni semua berpunca dari aku sendiri. Walau mungkin ia ketentuan Allah SWT, tapi Dia beri aku rintangan ni untuk aku pelajari sesuatu untuk menghadapi hari2 yang mendatang.

Astaghfirullah~

Jangan lihat sebelah mata je?

Ini adalah realiti zaman sekarang. Kebanyakkannya semua akan pandang sebelah mata je. Anda pun mesti ada berfikir macam tu. 

Ini adalah lakonan semula si makhluk hijau ni tentang kisah benar tapi dah di ubah2 ikut suka aku lah. Haha~ 
Dia ni seorang anak muda yang tak berapa nak tinggi pelajarannya. Hanya berkebun je yang dia suka buat. 
Dia ni tanam dalam 100 anak pisang kat tanah bapa dia yang tak sebesar mana. Dan kini pokok tu kian membesar sihat. Ini kerana dia rajin menjaga tanamannya. 
Tapi kebanyakkan orang memandang dia sebelah mata. Yela, kerja setakat berkebun. Sah2 berapa je hasilnya kan? Semua fikir cara ni takkan hidup senang, apakan lagi nak kaya.

Tapi dia pedulikan apa orang kata.
Hinggalah sampai di bulan Disember. Apa yang ditunggu2nya dah pun sampai. Dengan berbekalkan anak2 pisang beharga 50sen setiap satu yang dibelinya awal tahun. Kini dah membesar dan membuahkan hasil.
Jika satu kilogram bersamaan RM2 satu tandan dalam 2-3kilogram. Tu satu tandan, kalau 100 lebih tandan?? Tak lah kaya tapi boleh lah. Lagi pun, sambil2 berkebun atau ada kebun ni masih boleh buat kerja lain. Buat tanaman macam ni sebagai sampingan pun okay.

Sebenarnya, sektor pertanian ni agak mudah untuk diceburi lagi2 yang betul2 minat. Ini bukan kerja untuk orang2 tua yang dah pencen sebab kalau dah tua, mana nak larat bukak ladang besar2. Masa muda lah buat benda2 ni. 

Tak boleh kaya?! Siapa kata? Cuba research pasal peladang2 kat Malaysia kita yang kira berjaya. Berapa pendapatan mereka? Lumayan~! Siap boleh jual sebiji mangga RM35 sebiji di luar negara!! 

Apa lagi? Fikir2kan lah...