Ada sesetengah blogger otai mengatakan perlunya update blog sehari sekurang2nya sekali atau dua kali. Ada juga yang kata sampai perlu update 5kali! Sebenarnya, semua ni bergantung pada blogger tu sendiri. Ikut suka lah nak update berapa kali. Dan bergantung pada tujuan orang tu blogging juga.
Tapi agaknya apa punca ye yang blogger2 ni tak update entry? Banyak faktor2 yang mendorong kekurangan blogger2 update entry.
Meluangkan masa dengan kawan2 serta kekasih hati. Seorang blogger yang betul2 blogger tidak akan menulis hal peribadi serta aktiviti harian mereka semata untuk update entry. Haha~
Sebok untuk mencuba benda baru kononnya. (batuk2 kuat) Haha~ Mula menonjolkan diri dalam bentuk vlog dan last2 blog kemana, vlog pun dah tak ada. Konon kecewa dek kerana tak dapat sambutan.
Terlampau 'menghias' blog sampai tak tertanggung dek kelajuan broadband di Malaysia. Disebabkan terlampau 'cantik' blog tersebut tidak didatangi orang dan tak dapat sambutan buatkan hilang semangat nak update entry kerana dah tahu tak ada yang nak menjengah pun. Walau sesaat!
Haha~ Tu sebenarnya adalah sebilangan kecil je. Kebanyakkannya sekadar tak ada idea nak tulis apa je. Lagi2 blog yang bertema macam elektronik, politik, cinta, tips, keagamaan, fesyen dan lain2.
Blog2 bertema ni menyebabkan mereka kering idea apabila dah tak ada bahan nak story. Haha~ Nak kena selalu research dan buka mata dalam tema yang diperlukan.
Blog yang terlalu bebas pula buatkan orang tak tertarik nak singgah sebab ceritanya turun naik. Lagi2 yang cerita hal peribadi. Siapa yang nak tahu tentang diri kita? Artis kah kita ini? Hehe~
Lagi tak best bila ada yang bersikap seperti di entry: Ikut-ikut jadi ikutan.
4 ulasan:
Setuju2~ kdg sgt bz smpai tak sempat nak jenguk blog sendiri. hee ;p
stuju gak,
kekadang ade blogger tak de semangat nak berblogging sbb duit x masyuk(like nuffnang,heartbeat..etc..)
den busy dengan study
kekeke
saya tak update blog sbb saya tak ada internet kat rumah..skrg pun guna internet kat kampus..huhuhu..cuti sem ni kompem entry tak terupdate..harap2 la pengunjung ke blog saya still ada..salam kenal..:P
Catat Ulasan