Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

Perlukan undian?

Di suatu hari yang mendamaikan, angin bertiup sepoi2 bahasa...

Makhluk Hijau terpinga2 dengan rakan2nya yang sibuk memancing undi. Jadi apa lagi, kena lah bertanya. Aku pun nak tahu juga. Hehe~
Oh! Event mingguan "Tolong unndi untuk aku!!" rupanya. Aduhai~ 

Haha~ Ini adalah susulan dari event2 yang di postkan di Facebook yang kian di jemput oleh rakan2 semata2 untuk minta tolong kita undi dia dalam sesuatu pertandingan atau seumpama tu lah.

Kadang2 perkara ni mengundang kemarahan orang...eh~ kejap. Bukan 'kadang2' tapi sering kali mengundang kemarahan. 

Sebab ianya sangat2 MENJENGKELKAN! (annoying) betul tak? Dan kadang2 timbulkan pergaduhan je.

Bagi aku, memang betul jengkel dengan perkara macam ni sampai kadang2 malas nak tengok event tu sampai ada kawan2 yang lain adu yang mereka terlepas event sebenar yang lebih penting dari vote2 kejadah tu.

Tapi aku selalunya akan klik NO atau REMOVE je. Tapi aku akan tengok juga dulu apa yang dia suruh vote tu sampai macam terlalu penting. Aku akan vote jika dia layak untuk di undi dan jika tak layak, jangan harap lah. 

Tak kira kawan ke bukan. Hehe~ Sebab bila kita mempertandingkan sesuatu, biarlah kemenangan tu secara bersih dan ikhlas orang nak pilih kita sebagai pemenang. Sebelum minta orang undi, fikir semula: 

Layakkah kita memenanginya? Kenapa perlu orang undi kita untuk pertandingan tu? Adakah hanya untuk kemegahan diri bila menang nanti? 

Bila kita megah, maknanya kita riak. Bila datangnya riak, dah lain hukumnya. Huhu~ Aku tak pasti tentang tu. Siapa tahu, sila terangkan.

Oh! Satu lagi, kalau anda rasa tak nak undi sila jangan maki dia. Sebab dia cuma pancing undi. Jika nak tegur, sila berkata dengan positif. Kalau anda buat kesalahan, nak ke orang tegur anda dengan makian? NAFSU! 

+++++++++
T-shirt kini dibuka untuk tempahan!! Klik sini!